Telah aktif berlakon sejak tahun 1985, Kim Mi-kyung merupakan salah seorang pelakon wanita senior Korea Selatan yang masih aktif dan laris membintangi banyak drama televisyen hingga kini.
Pelakon veteran yang kini telah berusia 59 tahun ini sebenarnya digelar sebagai “The Empress” kerana paling aktif mendapat watak pelakon pembantu, terutamanya watak sebagai seorang ibu.
Bakat lakonannya yang tidak perlu dipersoalkan lagi tentu membuatkan drama siri yang dibintanginya bertambah menarik dan rugi jika tidak ditonton oleh para peminat Kdrama.
Jom sama-sama kita lihat beberapa drama siri yang pernah dibintangi oleh Kim Mi Kyung seperti berikut ini:
1. Dalam drama siri Introverted Boss (2017), Kim Mi-kyung membawa watak sebagai ibu kepada Chae Ro-woon
2. Mempunyai anak yang pemalas (Kang Bok-su), Kim Mi-kyung perlu menjadi seorang ibu lebih sabar dalam drama My Strange Hero (2017-2018)
3. Dalam drama siri VIP (2019), Kye Mi-ok (Kim Mi-kyung) dibenci oleh anak perempuannya iaitu Na Jung-sun kerana dia telah meninggalkannya dan ayah Na Jung-sun demi lelaki lain
4. Sangat pilu, dalam drama siri Hi bye Mama (2020), Jeon Eun-seok (Kim Mi-kyung) perlu merelakan pemergian anak perempuannya (Cha Yu-ri) untuk selamanya
5. Menjadi ibu kepada No Ae-jung, Choi Hyang-ja (Kim Mi-kyung) perlu menjaga cucunya yang lahir tanpa kehadiran seorang bapa
6. Walaupun awalnya menentang, Yeo In-ja (Kim Mi-kyung) tetap menyokong anaknya mempertahankan kehamilannya dalam drama siri 18 Again (2020)
7. Terkenal sangat posesif dan mengongkong anak dalam drama siri Forecasting Love and Weather (2022), Kim Mi-kyung menjadi ibu kepada Jin Ha-kyung dan Jin Tae-kyung
8. Menjadi ibu kepada Kim Na-eun dalam drama Welcome to Wedding Hell (2022), drama siri ini mempersembahkan banyak pengajaran bagi pasangan sebelum mendirikan rumah tangga
9. Dalam drama siri Remarriage and Desires (2022), Kim Mi-kyung sangat cerewet dalam memilih pasangan untuk anak lelakinya (Lee Hyung-ju) akibat kegagalan perkahwinan sebelumnya
10. Membawa watak sebagai ibu kepada Nam Haeng-seon, dia juga adalah pemilik kedai yang dermawan buat Choi Chi-yeol (semasa muda) dalam drama siri Crush Course in Romance (2023)
11. Drama siri yang membuatkan anda ketawa dan sangat menghiburkan, drama Doctor Cha (2023) kembali menampilkan Kim Mi-kyung sebagai seorang ibu. Kali ini dia menjadi ibu kepada Cha Jeong-suk. Wajib tonton!
Demikian sahaja drama siri menarik yang pernah dibintangi oleh Kim Mi-kyung sebagai seorang ibu yang dapat kami senaraikan. Dari jalan cerita yang mengundang air mata hingga mengandungi tawa ria. Rugi jika tidak ditonton!
Baca Lagi: 7 Filem Sageuk Korea Yang Lucu Dan Menghiburkan
Baca Juga: 5 Filem Seram Korea Untuk Ditonton Sambil Menunggu “The Ghost Station”