Home Anime Siri Animasi “Exploding Kittens” Kini Boleh Ditonton di Netflix, Comel Tapi Ganas?

Siri Animasi “Exploding Kittens” Kini Boleh Ditonton di Netflix, Comel Tapi Ganas?

0

Siri drama yang dihasilkan berdasarkan novel mungkin sudah tampak biasa sahaja kerana pada masa kini memang sudah ada banyak siri sebegitu yang dihasilkan dan disiarkan.

Namun, jika anda sedang mencari siri drama yang dicipta berdasarkan game terkenal, maka anda boleh cuba menonton siri animasi terbaru iaitu Exploding Kittens.

Siri komedi animasi dari showrunner Shane Kosakowski dan Matthew Inman itu memang dihasilkan berdasarkan game kad terlaris yang sangat popular yang dikenali sebagai Exploding Kittens.

Anda rasa bagaimanakah jalan ceritanya ya? Pasti sahaja penuh dengan kecomelan si oren dan juga lawak jenaka menghiburkan bukan?

Mari sama-sama kita lihat sinopsis siri animasi Exploding Kittens dan beberapa perkara menarik tentang siri animasi ini.

 

1. Sinopsis

5f32d7cc aef3 4357 8d72 d4274a06bc4eSiri animasi ini mengisahkan tentang watak yang bernama God yang dipecat dan terperangkap dalam tubuh kucing yang gemuk semasa dia dihantar ke planet bumi. Sebagai sebahagian dari hukumannya di bumi, Godcat tinggal bersama sebuah keluarga dan dia cuba menyelesaikan masalah mereka.

Selain itu, Devil adalah watak yang unik, Devil adalah musuh ketat God juga terperangkap menjadi kucing. Devilcat ternyata tinggal di sebelah rumah yang menjaga Godcat. Natijahnya, terjadilah pertarungan sengit antara kebaikan melawan kejahatan.

 

2. Senarai pelakon suara siri animasi Exploding Kittens

Exploding kittensBeberapa nama besar pelakon terkenal turut menjadi pelakon suara bagi siri animasi ini. Nama-nama mereka semua sudah tidak asing lagi dalam dunia perfileman. Berikut ini adalah senarai pelakon suara siri animasi Exploding Kittens:

● Tom Ellis sebagai Godcat
● Sasheer Zamata sebagai Devilcat
● Suzy Nakamura sebagai Abbie
● Mark Proksch sebagai Marv
● Ally Maki sebagai Greta
● Kenny Yates sebagai Travis

 

3. Siri animasi Exploding Kittens sudah ditayangkan di Netflix

Exploding kittens

Siri animasi Exploding Kittens sudah boleh anda tonton secara eksklusif di Netflix bermula 12 Julai 2024 lagi. Siri ini tampil dalam 9 episod sahaja dengan durasi tayangan setiap episod sekitar 24-26 minit.

Perlu diingati, siri animasi ini bukan untuk tontonan semua kalangan umur ya. Netflix bahkan memberikan rating umur 16 tahun ke atas untuk siri ini. Comel tapi ganas? Tertarik untuk menonton siri ini?

Baca lagi: Siri Anime Terminator Zero, Tayang Ogos 2024, Lebih Banyak Aksi Pedang Daripada Adegan Bertempur
Baca juga: 3 Filem Anime Stand-Alone dari Figura Ternama Ini Boleh Ditonton di Netflix