Siri animasi Arcane yang berjaya, diadaptasi daripada League of Legends, kembali memanjakan peminat dengan musim kedua.
Bermula 9 November 2024 di Netflix, siri ini mempunyai cerita yang lebih tegang dan visual yang tidak kurang hebatnya.
Diarahkan oleh Alex Yee dan Christian Linke, Arcane telah menawan hati penonton global sejak penampilan sulungnya pada tahun 2021 dengan naratif unik yang menggabungkan fiksyen sains, aksi dan fantasi.
Kejayaan musim pertama Arcane melonjakkan reputasi siri ini dalam dunia animasi, terutamanya berkat kepada empat anugerah Primetime Emmy yang dimenanginya, termasuk dalam kategori Program Animasi Terbaik.
Menurut laporan dari Variety, siri animasi League of Legends Arcane menelan belanja sehingga AS$ 250 (RM 1.1 bilion) juta untuk dua musim. Hal ini terus membuatkan Arcane siri animasi paling mahal dalam dunia yang pernah dikeluarkan di televisyen atau pelantar streaming.
“Kami merasakan wang yang telah dilaburkan sangat berbaloi untuk memberi cerita yang selayaknya bagi peminat,” ujar Marc Merrill (Ketua Pegawai Produk) di Variety.
Arcane mempunyai 18 episod kesemuanya untuk kedua-dua musim dan boleh dikatakan bajet untuk satu episod adalah $AS14 juta (RM 61.79 juta).
Sebagai perbandingan, kos ini adalah lebih mahal daripada kos per episod untuk musim akhir Game of Thrones. Hanya 33 filem Hollywood sahaja yang mempunyai kos lebih besar dari Arcane. Tambahan dari Variety, punca Riot boleh membelanjakan wang sebesar ini untuk animasi ini; adalah disebabkan tiada pengalaman dalam bidang ini sehingga menyebabkan kos melebihi apa yang patut.
Perlu diingatkan juga kos ini adalah daripada beberapa tahun sejak pembikinan Arcane Musim ke-2.
Rujukan: Variety
Sinopsis Arcane 2: Konflik Makin Panas antara Piltover dan Zaun
Dengan animasi berkelas daripada Fortiche Production, siri ini telah berjaya menarik perhatian bukan sahaja peminat permainan tetapi juga pencinta siri dewasa yang mencari lebih daripada sekadar hiburan. Musim kedua ini membawa ketegangan baharu antara dua bandar saingan, Piltover dan Zaun, yang bersedia untuk memulakan dengan konflik besar.
Pada musim kedua ini, konflik antara bandar Piltover dan Zaun menjadi lebih teruk selepas serangan besar Jinx ke atas Majlis Piltover. Ketika Vi dan Caitlyn berjuang untuk mengekalkan keamanan, pertelingkahan antara kedua-dua bandar itu semakin memuncak, diburukkan lagi dengan kemunculan kuasa ajaib dan teknologi yang merosakkan.
Pertempuran dan tipu daya politik antara puak tidak dapat dielakkan, menjadikan musim ini kesinambungan yang penuh dengan ketegangan dan kejutan.
Walaupun diilhamkan oleh League of Legends, Arcane menawarkan lebih daripada sekadar penyesuaian mudah. Siri ini membawa tema matang dan menunjukkan watak kuat yang terlibat dalam konflik sosial dalam dunia yang penuh dengan sihir dan teknologi.
Penonton yang menggemari siri animasi seperti Castlevania atau The Witcher akan menemui unsur drama dan aksi yang menarik dalam musim baharu ini.
Barisan Pelakon Suara
Diperkuatkan oleh pelakon suara seperti Hailee Steinfeld (Vi), Ella Purnell (Jinx), dan Katie Leung (Caitlyn), Arcane sekali lagi menunjukkan kualiti yang tinggi dari segi perwatakan dan suara.
WATAK-WATAK MUSIM 2
JINX
Jinx terbelah bahagi antara dua identiti: anak perempuan dibesarkan oleh Silco yang kuat dan berkuasa dan adik perempuan dilindungi oleh Vi yang penakut dan lemah. Kini, menerima hakikat bahawa dia merupakan raksasa yang Vi cipta, Jinx kini hidup tanpa haluan—dialah “Jinx” terkutuk yang merosakkan segala-galanya.
VI
Menerima hakikat bahawa Powder sudah tiada, Vi sudah memahami perkara yang perlu dia lakukan—menguruskan raksasa yang telah dia cipta: Jinx. Mengetahui betapa bahayanya adik perempuannya, Vi bekerjasama dengan Caitlyn dan menuruti permintaannya untuk memakai lencana Penguat Kuasa.
CAITLYN
Caitlyn merupakan seorang Penguatkuasa dari Piltover. Dia pernah menggunakan kehebatan penyiasatannya untuk mendedahkan punca rasuah di Zaun dan Piltover, tetapi selepas serangan Jinx ke atas council, harapannya untuk keamanan sudah hilang.
EKKO
Ekko memperkasakan Firelight, sekumpulan penduduk Zaun yang sanggup berjuang demi melindungi rumah baharu yang telah mereka bina. Tanpa disangka-sangka, dia telah berkawan dengan Heimerdinger, dan bersama-sama mereka berusaha untuk menjadikan Zaun lebih baik.
HEIMERDINGER
Heimerdinger memberi amaran kepada Council Piltover tentang bahaya menggunakan magik tanpa penyelesaian nyata untuk melindungi penggunaannya. Mengambil pedoman daripada kesilapannya dengan Jayce, Heimerdinger memberi inspirasi kepada Ekko untuk terus mencari penyelesaian dan bekerjasama dengannya untuk menyelesaikan masalah itu, dan bukan hanya menawarkan nasihat.
AMBESSA
Ambessa, seorang pahlawan Noxus dan ibu Mel, bersumpah untuk melindungi nama keluarganya walaupun jika itu bermaksud melawan kehendak anak perempuannya.
ANUGERAH
Pada musim pertamanya, siri ini memenangi anugerah antarabangsa, termasuk sembilan Anugerah Annie serta anugerah Adaptasi Terbaik di The Game Awards 2022. Selain itu, runut bunyi Arcane turut menerima pencalonan di Anugerah Muzik Billboard dalam kategori Runut Bunyi Teratas.
Dengan aksi yang lebih meletup dan visual yang menawan, Arcane musim kedua bersedia untuk menghiburkan dan mendebarkan penonton. Gabungan fiksyen sains, aksi dan drama menjadikan siri ini antara yang mesti ditonton di Netflix, yang bukan sahaja meningkatkan populariti animasi dewasa tetapi juga memperkayakan dunia adaptasi permainan pada skrin kecil.