Home Kdrama/Kmovie Movie “Sisterhood” Filem Korea Thriller Misteri Terbaru, Kisah Wanita Gila Seks yang Mengancam...

“Sisterhood” Filem Korea Thriller Misteri Terbaru, Kisah Wanita Gila Seks yang Mengancam Nyawa

0
Drama

Selepas berjaya mencuri perhatian melalui drama No Gain No Love dan spin off drama tersebut iaitu Spice Up Our Live, kali ini pelakon yang makin popular ini iaitu Han Ji Hyun bakal membuat kemunculan lagi melalui filem Korea terbaru yang berjudul Sisterhood.

Walau filem ini memiliki tajuk yang manis dan seakan-akan menceriakan, filem ini sebenarnya membawa genre thriller misteri. Menarik bukan?

Di bawah ini adalah beberapa perkara menarik tentang sinopsis ringkas, senarai pelakon yang terlibat dan juga beberapa perkara lain tentang filem akan datang ini. Mari sama-sama kita lihat.

 

1. Sinopsis filem Sisterhood

Filem korea

Dipetik dari laman Soompi, filem Sisterhood mengikuti kisah kehidupan yang menegangkan dari seorang wanita selepas dia bercerai dan berpindah ke sebuah kampung bersama dengan anak perempuannya. Dia berharap, selepas ini kehidupannya kembali aman damai dan dia boleh memulakan hidup baru.

Namun hampanya, harapan tersebut hanya sekadar angan-angan sahaja. Malangnya, kehidupan wanita tersebut tiba-tiba diancam oleh bahaya selepas bertemu dengan seorang wanita yang mempunyai ketagihan yang pelik dan meloyakan.

 

2. Senarai pelakon filem Sisterhood

d440c703 9669 4aa8 a845 1e54e058ccd9

Kim Joo Ryoung, Han Ji Hyun, dan Choi Myung Bin telah disahkan akan berlakon dalam filem ini. Kim Joo Ryoung membawa watak sebagai Yul Hee, seorang penulis novel yang berusia 40-an.

Sementara itu Han Ji Hyun pula membawa watak sebagai Mi Ji, watak yang membahayakan ibu dan anak perempuannya. Choi Myung Bin membawa watak sebagai So Hee, anak kepada Yul Hee yang menjadi sensitif terhadap kehidupan kerana konflik antara ibu dan ayahnya. Wanita itu ketagih untuk melakukan hubungan seks.

 

3. Tarikh tayangan Sisterhood

Sisterhood

Merupakan kolaborasi pertama dengan Kim Joo Ryoung, Han Ji Hyun mengatakan bahawa penglibatannya dalam projek ini adalah sebuah penghormatan baginya.

“Merupakan suatu penghormatan untuk menjadi sebahagian dari projek ini. Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk mengungkap misteri dan rahsia Mi Ji,” kata Han Ju Hyun, dipetik dari Soompi, pada 17 Oktober 2024.

Filem ini telah memulakan proses penggambaran sejak minggu lalu dan proses produksinya berjalan lancar. Namun belum ada maklumat lebih lanjut tentang tarikh tayangannya. Sama-sama kita nantikan ya.

Baca lagi: Diangkat dari Kisah Benar, 5 Filem Korea 2024 Ini Memukau Penonton
Baca juga: Mendebarkan, 5 Drama dan Filem Korea Bawa Kisah Penculikan

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here