Home Filem Indonesia/Melayu Drama Melayu Siti Saleha Kini Popular Di Korea, Binge-Watch 3 Drama Viu Original Lakonannya

Siti Saleha Kini Popular Di Korea, Binge-Watch 3 Drama Viu Original Lakonannya

0

Baru-baru ini, pelakon Siti Saleha telah mencapai satu lagi kejayaan dalam kerjaya lakonannya. Beliau telah memenangi anugerah berprestij “Outstanding Asian Star” di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 yang diadakan di Dewan Yeouido KBS Korea Selatan, pada 25 Sept 2024.

Siti Saleha telah dicalonkan untuk peranannya dalam siri drama asal SeOfis (In One Office). Dalam drama bersiri itu, dia memegang watak Sam seorang usahawan yang berkongsi ruang kerjanya dengan dua wanita lain, lakonan Nadiya Nisaa dan Nadia Aqilah. Anugerah itu berdasarkan undian peminat global, mengukuhkan popularitinya merentasi sempadan.

IMG 5667 rotated

Anugerah Drama Antarabangsa Seoul, yang ditubuhkan pada 2006, telah menjadi platform utama meraikan kecemerlangan dalam penerbitan drama televisyen di seluruh dunia.

Kategori termasuk Drama Terbaik, Pelakon Lelaki dan Pelakon Terbaik, di samping anugerah undian peminat seperti Bintang Asia Cemerlang.

Siti Saleha adalah salah seorang daripada tujuh bintang Asia yang mendapat penghormatan tersebut, dengan pemenang lain termasuklah Kim Hye Yoon, pelakon drama Lovely Runner dari Korea Selatan dan negara-negara Asia lain seperti, Filipina, Thailand dan Singapura.

Bagi anda yang ingin melihat lakonan hebat Siti Saleha, anda juga boleh strim drama-drama yang dibintanginya dalam platform penstriman Viu. Berikut adalah senarainya:

BLACK

Siti saleha

Black merupakan sebuah drama siri bergenre seram, misteri, fantasi dan thriller. Ia diadaptasi dari siri popular Korea Selatan 2017 yang dibintangi oleh Song Seung-heon dan Go Ara. Manakala versi Malaysia pula, dibintangi Kamal Adli, Siti Saleha dan Khir Rahman.

Drama ini mengisahkan makhluk bunian yang dipanggil Ejen 444/BLACK (Kamal Adli) dari dunia bunian datang ke dunia manusia dengan misi untuk mencari rakan kerjanya yang telah melanggar peraturan di dunia manusia.

Kemudian ada Sofia (Siti Saleha) yang mempunyai kelebihan luar biasa mampu meramal kematian dimana dia akan melihat bayang hitam muncul di setiap badan manusia yang merupakan petunjuknya bahawa manusia tersebut bakal berhadapan dengan maut tak lama lagi.

Takdir akhirnya menemukan mereka berdua, dimana mereka mula bekerjasama menyelesaikan satu pembunuhan bersiri yang akhirnya membongkar rahsia besar dalam drama ni.

Black mempunyai 2 musim, 8 episod di musim pertama dan 10 episod di musim kedua yang korang boleh tonton di Viu! Bagi sesiapa yang minat cerita seram dan misteri, anda memang patut layan drama ini!

Buat pengetahuan anda juga, kedua- dua musim drama dari Viu Original “BLACK” ini telah memenangi beberapa anugerah di Asian Academy Creative Awards, Asian Television Awards & ContentAsia Awards pada tahun 2020 dan 2021. Satu pencapaian yang cukup membanggakan!

HILANG

IMG 5669

Siri Viu Original bertajuk Hilang arahan oleh Ghaz Abu Bakar dan Sein Qudsi ini dibarisi bintang-bintang terkenal termasuklah Aqasha, Siti Saleha, Khir Rahman, Jasmine Suraya dan ramai lagi.

Hilang mengisahkan tentang misteri kehilangan seorang remaja warga asing di pekan kecil Kampung Seri Daik yang membawa Inspektor Munir (Khir Rahman) kembali ke tempat kelahiran yang ditinggalkannya 17 tahun lalu. Dia bertemu dengan Ustaz Yusof (Aqasha), seorang ustaz dan rakan lamanya yang dituduh sebagai punca kematian adiknya.

Apabila seorang lagi remaja hilang secara misteri, Ustaz Yusof percaya penjenayah yang mereka cari mungkin bukan dari dunia ini. Satu demi satu pembunuhan berlaku imembuatkan Inspektor Munir terpaksa percayakan Ustaz Yusof kerana kelebihannya walaupun merasa dendam dan rasa marah atas kematian adiknya dahulu.

Mereka pun bekerjasama untuk membongkar kejadian misteri tersebut.

Berjaya tak mereka mencari pembunuh yang terlibat? Anda boleh layan siri misteri dan thriller 10 episod ini di aplikasi Viu.

 

THE SECRET

IMG 5670

Baharu sahaja ditayangkan pada 22 Ogos yang lepas, drama bersiri “The Secret” diarahkan oleh Jason Chong, yang terkenal dengan filem seram Sumpahan Jerunei.

Siri Viu Original terbaru “The Secret” ini bergenre thriller penyiasatan. Antara pelakon yang membintangi siri ini adalah Siti Saleha, Remy Ishak, Sara Mack Lubis, Ucop, Ellyza Azizi dan ramai lagi.

Walaupun baharu sahaja ditayangkan, The Secret telah menjadi tumpuan peminat drama Melayu dengan genre jenayahnya yang unik. Ia mendedahkan sisi gelap kehidupan di universiti, gangguan seksual yang bakal mengganggu emosi penonton.

The Secret memfokuskan pada misteri kematian tragis seorang pelajar universiti popular, Liya, yang ditemui mati jatuh dari bangunan universiti. Bagaimanapun, pihak berkuasa mengklasifikasikan kematiannya sebagai bunuh diri.

Johanna (Siti Saleha), pensyarah Liya merasa bertanggungjawab untuk membongkar misteri di sebalik kematian Liya. Johanna mengesyaki bahawa ada sesuatu yang buruk telah terjadi apabila dia menemui sepucuk surat ugutan di bilik hostel Liya.

Nini, adalah rakan baik kepada Liya. Sebelum kematian Liya, hubungan Nini dan Liya menjadi renggang kerana Nini lebih mementingkan keseronokan bersama teman lelakinya.

Pada malam kejadian itu, Liya telah merakam dan meninggalkan pesanan video kepada Nini melalui telefon bimbitnya. Rakaman itu sangat mengejutkan Liya.

Satu-satunya orang yang boleh Nini percayai kini adalah Johanna. Nini menunjukkan rakaman tersebut kepada Johanna, rupa-rupanya Liya telah dirogol.

Kini, dengan petunjuk yang ada mereka memulakan penyiasatan. Bermula dengan melaporkan rakaman tersebut kepada pihak polis. Tetapi tanpa sebarang bahan bukti yang kukuh, andaian mereka berdua sukar untuk didengari, apatah lagi untuk dipandang serius.

Apapun risikonya, mereka untuk membawa suspek ke muka pengadilan. Namun begitu, keadaan menjadi bertambah sukar apabila cerita tentang Liya dirogol telah tersebar di seluruh universiti. Dan ini memungkinkan pelaku sebenar akan mengambil tindakan berhati-hati serta melakukan apa sahaja untuk melenyapkan bukti.

Dalam drama ini, penonton akan dapat melihat isu sosial cuba diketengahkan. Dimana topik serius seperti penderaan emosi, tekanan rakan sebaya, media sosial, buli, tingkah laku melampau dan gangguan seksual yang boleh berlaku dalam kalangan pelajar. Isu yang sangat berani dan tidak banyak dibincangkan dalam kebanyakkan drama-drama Melayu masa kini.

Jika anda seorang peminat siri penyiasatan yang penuh dengan misteri dan ketegangan, anda harus memasukkan siri ini dalam senarai ‘Must Watch’ anda. Anda boleh strim The Secret ini hanya di Viu.

Jadi, bagi anda yang menggemari drama-drama lakonan Siti Saleha seperti diatas, pastikan anda strim melalui aplikasi Viu ya!

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai drama tanpa sebarang gangguan iklan.
Baca lagi: 6 Fakta Menarik “What Comes After Love”, Kisah Cinta Dua Negara Berbeza
Baca juga: Bosan Menunggu “On-Going” Kdrama? Binge-Watch 4 Filem Menarik Ini Di Viu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here