Home News Siti Sarah Pergi Buat Selama-lamanya

Siti Sarah Pergi Buat Selama-lamanya

0

Pagi Isnin ini dunia hiburan dikejutkan dengan berita duka pemergian penyanyi Siti Sarah Raisuddin setelah bertarung nyawa akibat Covid-19.

Menurut beberapa sumber media, Sarah, 37 menghembuskan nafas terakhir pada jam kira-kira 5.13 pagi hari ini di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh suaminya, Shuib Sepahtu menerusi Instagram.

“Bidadari syurga saya pergi buat selama-lamanya. Mohon sedekahkan Al-Fatihah.” katanya.

Apa yang lebih sayu, Sarah pulang ke pangkuan Ilahi tanpa sempat menatap bayi lelaki diberi nama Ayash Affan yang dikandungnya selama lapan bulan setelah dikeluarkan secara pembedahan bagi menyelamatkan nyawa.

Pembedahan bermula pada pukul 2 petang Jumaat lalu selepas Allahyarham ditidurkan dan dimasukkan ke dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selepas tahap oksigen menurun.

Memetik laporan Harian Metro, Siti Sarah bersama suami yang juga pelawak, Shuib disahkan positif Covid-19 sejak 27 Julai lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Sumber: [1], [2]