Home News Siti Sarah Selamat Melahirkan Anak Lelaki, Namun Keadaannya Kritikal

Siti Sarah Selamat Melahirkan Anak Lelaki, Namun Keadaannya Kritikal

0

Siti Sarah selamat melahirkan anak lelaki pada jam 5 petang, hari ini namun keadaannya kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), lapor Harian Metro.

Sebelum ini, Penyanyi lagu Kesetiaan yang sarat hamil lapan bulan itu terpaksa melalui proses pembedahan bagi menyelamatkan bayi dalam kandungan selepas tahap oksigen menurun sejak pagi, hari ini.

“Alhamudillah, jam 4 lebih bayi berjaya dikeluarkan dan keadaan bayi alhamdulillah baik tapi perlukan alat bantuan pernafasan kerana lahir pra matang. Cuma, keadaan Sarah agak kritikal.” ujar suaminya juga pelawak, Shuib kepada Harian Metro.

“Saya sekeluarga mohon semua teruskan doa untuk Siti Sarah. Juga kita doakan semoga sesiapa saja yang sedang bertarung nyawa dengan Covid-19 dipermudahkan urusan,” katanya lagi.

Terdahulu, Siti Sarah dilaporkan ditidurkan selepas dia dimasukkan ke ICU HUKM akibat tahap oksigen tidak stabil

Sumber: Redzuan Abdul Rahman/Harian Metro