‘SNL Korea’ kali ini buat parodi dating show yang hit dan hot di Netflix, ‘Single’s Inferno’.
Perkara yang paling menangkap perhatian ramai adalah aksi pelakon Joo Hyun-young yang tiru gaya FreeZia (Song Ji-ah), seorang YouTuber dan peserta rancangan realiti TV terbabit yang kini sedang panas dengan kontroversi pakai barangan berjenama tiruan.
Menerusi rancangan SNL di Coupang Play, Joo Hyun-young berlakon jadi FreeZia. Dia tiru nada, ekspresi dan cara bercakap, serta jelingan mata YouTuber berkenaan.
Apabila aktor Lee Dong-hwi yang masuk dalam SNL itu juga bertanya, “Awak tengah buat apa?”
“Tengah minta hati awaklah.” balas Joo Hyun-young yang meniru cara FreeZia menggoda.
Dalam rancangan Single’s Inferno, para peserta memilih pasangan untuk dating di hotel Paradise. Manakala dalam SNL, Joo Hyun-young memilih Lee Dong-hwi untuk makan ramen bersama-sama.
Joo Hyun-young turut acah-acah jadi YouTuber ala FreeZia dengan memperkenalkan ramen di depan kamera.
Melihatkan aksinya yang kuat ‘membahan’ itu, netizen pun komen:
“Lucu pula tengok mata Joo Hyun-young yang separuh terbuka tu. Genius betul analisis watak.”
“Mungkin nanti Joo Hyun-young tersembur kopi bila nampak FreeZia depan matanya.”
“”Joo Hyun-young tiru gaya orang hidup-hidup, hahahaha. Yang peliknya serupa pula tu.”
Sumber: Wikitree