Home Lifestyle Song Hye Kyo Dedah Rahsia Kulitnya Yang Berseri Adalah Cuci Muka Dengan...

Song Hye Kyo Dedah Rahsia Kulitnya Yang Berseri Adalah Cuci Muka Dengan Susu

0

Baru-baru ini, Song Hye Kyo memecahkan rahsia kulit wajahnya yang flawless.

Pelakon tersebut mendedahkan bahawa dia memanaskan susu dan menyapunya ke seluruh muka sebagai langkah terakhir semasa sesi cuci muka.

Bagi aktres tersebut, kaedah pencucian guna susu ini adalah untuk membuang sel kulit mati serta mengekalkan kulit yang bersih dan sihat, berdasarkan artikel AllKpop.

Musim sejuk dan penurunan suhu yang semakin tiba membuatkan semakin ramai orang lebih cakna tentang penjagaan kulit. Semasa perubahan musim, kulit cenderung jadi kering apabila terdapat perbezaan suhu yang besar antara pagi dan petang.

Oleh itu, mencuci muka dengan susu atau memakai topeng susu turut dikatakan bagus mengekalkan kelembapan kulit.

Penggunaan susu dalam skin care ini memang sudah berzaman. Ia turut menjadi rahsia kecantikan Cleopatra, ratu semasa zaman Mesir Purba yang berendam dalam susu, madu dan minyak zaitun.

Menurut Dr Beall, protein dalam produk tenusu dapat bantu tegangkan kulit seiring pertambahan usia. Susu juga mengandungi retinol yang lebih dikenali sebagai agen anti- penuaan dan antioksidan serta vitamin D sebagai perlindungan cahaya UV.

woman g8767880ac 1280

Tambah portal Healthline, komponen dalam susu memang popular digunakan dalam produk penjagaan kulit modern kerana sebab-sebab dia di atas. Namun tiada bukti klinikal mengatakan basuh muka dengan susu sahaja lebih baik daripada guna sabun dan air

Bagaimanapun sekiranya kulit anda sensitif dengan produk susu, dicadangkan dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli dermatologi dulu sebelum cuba kaedah ini.