Song Hye Kyo dan Han So Hee Dilaporkan Menarik Diri Dari Membawa Peranan Dalam K-Drama Akan Datang “The Price of Confession”
Pada bulan Mac baharu ini, telah dikongsikan bahawa Song Hye Kyo dan Han So Hee akan menjadi peneraju dalam K-Drama terbaru akan datang bertajuk “The Price Of Confession”.
Malangnya hari ini 17 Mac, media dihebohkan dimana kedua-dua Song Hye Kyo dan Han So-hee dilaporkan enggan meneruskan K-Drama “The Price of Confession” yang akan datang.
Menurut laporan eksklusif dari News1, Song Hye Kyo dan Han So Hee tidak akan muncul dalam K-Drama “The Price of Confession” yang sepatutnya dijadualkan pembikinannya tahun ini.
Selepas beberapa siri perbincangan yang panjang mengenai K-Drama ini, kedua-dua pelakon itu memutuskan untuk tidak muncul kerana terdapat perselisihan faham dengan pihak produksi. Selain itu, PD Shim Na Yeon yang dicadangkan untuk mengarahkan K-Drama ini juga enggan menerima projek tersebut.
Sebelum ini dilaporkan bahawa Song Hye Kyo dan Han So Hee telah mempertimbangkan secara positif untuk muncul dalam kdrama thriller itu bersama-sama.
Pada Ogos 2022 lalu, wakil dari dua bintang ternama Korea Song Hye Kyo dan Han So Hee mendedahkan bahawa kedua-dua bintang itu akan bergandingan membawa watak utama dalam siri thriler “The Price of Confession” yang akan diarahkan oleh Lee Eung Bok. Lee Eung Bok terkenal dengan karya dan arahan drama-drama trending seperti “Descendants of the Sun”, “Sweet Home”, “Mr. Sunshine”, “Jirisan”, “Dream High”, “School 2013”, dan “Goblin”.
Namun pada 3 Januari lepas, Pengarah Lee Eung Bok terpaksa menarik diri daripada produksi ini kerana kekangan jadual ketat untuk penggambaran “Sweet Home” musim 2. Kemudian pada 24 Febuari, dilaporkan projek ini akan digantikan dan digalas oleh Shim Na Yeon.
KINI PEMINAT KECEWA!
Netizen dan peminat kedua-dua artis ini telah memberi reaksi terhadap berita tersebut dengan meluahkan rasa kekecewaan mereka. Ramai yang membuat spekulasi bahawa pihak produksi pasti telah melakukan sesuatu yang salah sehingga para pelakon dan pengarah menarik diri dari projek itu.
Drama yang dijangka menjadi pertemuan pertama diantara pelakon Song Hye Kyo dan Han Soo Hee nampaknya kini membuatkan para peminat merasa cukup kecewa sekali!
Pasti ramai tertanya-tanya mengapa berita ini begitu mengecewakan. Berikut merupakan sinopsis kdrama yang sepatutnya menjadi projek sulung antara kedua-dua artis kesayangan ramai ini:
Siri drama ini adalah mengenai kisah berdarah dua wanita yang dengan kes pembunuhan.
Song Hye Kyo akan membawakan peranan sebagai Ahn Yoon Soo seorang guru seni. Ahn Yun Soo ialah seorang wanita biasa yang kehidupannya tidak berubah. Namun kerana satu kejadian yang tidak dirancang, impian dan masa depannya bakal hancur dan mengubah hidupnya. Ahn Yoon Soo cuba mencari jalan penyelesaian tetapi dia tidak dapat melakukannya.
Han So Hee akan membawakan peranan sebagai seorang wanita misteri bernama Mo Eun. Tetapi identiti Mo Eun tidak akan didedahkan dalam cerita ini. Disebabkan kecenderungan antisosialnya, semua orang takut kepadanya tetapi dia menghulurkan bantuan kepada Yoon Soo, memulakan kehidupan baharu.
Baca Lagi: Song Hye Kyo, Lee Min Ho Artis Kegemaran Dunia
Baca Juga: Han So Hee Membawa Watak LGBT+ Dalam Filem Terbarunya