Home Kdrama/Kmovie Drama Korea ‘Squid Game’ Akan Berakhir Dengan Musim 3, Musim ke 2 Akan Ditayangkan...

‘Squid Game’ Akan Berakhir Dengan Musim 3, Musim ke 2 Akan Ditayangkan pada 26 Disember 2024 di Netflix

0
Squid game

Fenomena global Squid Game telah menembusi seluruh dunia dan mencipta peminat tersendiri. Siri drama thriller tentang permainan yang membawa maut ini telah disahkan akan diperbaharui untuk musim ketiga dan terakhir.

0fee1157 479d 4ace bf51 f23f39ccb3a4

Squid Game ditayangkan pada tahun 2021, memperkenalkan peminat kepada pertandingan maut yang menggoda para peserta dengan janji hadiah wang tunai sebanyak 45.6 bilion won. Seorang bapa yang kesepian dan bernasib malang yang berpisah dengan anaknya iaitu Seong Gi-hun (Lee Jung-jae) menyertai permainan tersebut dan dimanipulasi oleh sebuah kuasa di luar pemahamannya.

Salah seorang lelaki yang berkuasa dan mengawal permainan itu ialah Front Man (Lee Byung-hun), seorang tokoh misteri yang membantu menguruskan permainan maut tersebut.

bbf84630 304a 41eb bf33 302213ba9515Kisah memukau ini diteruskan dengan Musim 2 yang sangat dinanti-nantikan oleh para peminat siri permainan maut ini, telah disahkan bahawa tarikh tayangan untuk Musim 2 ialah pada 26 Disember 2024 nanti, dan akan berakhir dengan musim ketiga yang baru sahaja diumumkan oleh pihak Netflix.

Pengarah siri, penulis dan penerbit eksekutif iaitu Hwang Dong-hyuk mengesahkan berita itu dalam surat yang penuh emosi kepada peminat.

“Saya sangat teruja untuk menulis surat ini untuk mengumumkan tarikh untuk Musim 2 dan berkongsi berita tentang Musim 3, musim terakhir,” tulisnya.

Squid game

“Pertembungan sengit antara dua dunia (Gi-hun dan Front Man) akan diteruskan ke siri akhir dengan Musim 3, yang akan dibawakan kepada anda pada tahun depan (2025).”
Nampaknya musim terakhir Squid Game akan ditayangkan pada tahun 2025 akan datang.
Apa yang kita tahu tentang Squid Game Musim 3?

Surat Hwang meninggalkan tanda tanya tentang apa yang akan datang dalam Squid Game Musim 3, yang akan mengikuti jejak kehebatan luar biasa musim pertamanya dulu.

Pengarah meninggalkan sebuah kenyataan tentang ke sumpah balas dendam yang akan dilakukan oleh Gi-hun yang mengejutkan pada Musim 1 dan status Front Man sebagai lawan yang sangat sukar dikalahkan. Musim ketiga dan terakhir Squid Game bakal dilancarkan pada 2025. Nantikan ya!

06d16f49 b3d3 42b5 bbc4 0a44c8ffa775

Sehingga Squid Game kembali untuk Musim 2 pada 26 Disember 2024 nanti, anda boleh menonton semula Squid Game Musim 1 di Netflix.

Baca lagi: Diadaptasi dari Webtoon, The 8 Show Menyajikan Vibes Seperti Siri Popular Squid Game dan Filem The Platform
Baca juga: Shaman: Whispers from the Dead, Siri Dokumentari Korea Tentang Misteri Penyiasatan Dukun dan Hantu