IU dikenali sebagai artis yang berbakat dan mempunyai personaliti yang baik. Tetapi kadangkala kebaikan yang berlebihan telah membuatkan orang sekelilingnya risau.
Baru-baru ini, sebuah laman Facebook yang dipanggil “Institut Penyelidikan Idol” membuat satu post berkaitan “Aduan tentang IU yang diluahkan oleh kakitangannya”.
Post tersebut mengandungi cerita yang menarik di sebalik konsert IU. Ia menceritakan tentang konsert IU yang tempohnya sentiasa panjang kerana dia selalu menyanyikan lebih banyak lagu daripada yang dirancang.
Staf berkata bahawa IU sangat menyayangi peminatnya, sehingga dia akan menyanyikan lebih banyak lagu semasa konsert itu berlangsung.
Walau bagaimanapun, disebabkan tempoh konsert yang panjang, staf berasa bimbang kalau-kalau IU berasa terlalu letih dan akan menyebabkan dia jatuh sakit selesai konsertnya selesai.
Kakitangannya itu berkata, “Konsert bermula pada pukul 5, tetapi sekarang dah pukul 10 lebih. Jika dia akan bertahan selama itu, saya fikir dia harus mendaftar untuk insurans kesihatan dan keselamatan pekerjaan. Ini kerana dia tidak akan dapat mengangkat sudu apabila dia pulang (kerana keletihan).”
Kebaikan IU tidak terhad kepada peminat, kerana dia juga melayan kakitangannya dengan sangat baik.
“IU selalu memberi kami surat tulisan tangan dan menghadiahkan wang tunai sebanyak 500 USD (~RM 2000+) kerana bekerja lebih masa”.
Aduan yang tidak dijangka daripada kakitangan IU ini segera mendapat perhatian orang ramai.
Ramai netizen yang kagum dengan kebaikan IU dan mula memberi komen seperti berikut:
“Saya nak pergi konsert IU!” kata seorang netizen. “Sangat sukar untuk melakukannya lebih daripada lima jam,” tambah netizen lain.
“Jika saya IU, saya akan benar-benar letih,” kata seorang lagi. “Tapi hadiahnya sangat bagus haha,” kata netizen lain dan ramai lagi.