Home K - Pop Staf SM Entertainment Bimbang Bangunan Pejabat Mereka Runtuh

Staf SM Entertainment Bimbang Bangunan Pejabat Mereka Runtuh

0

Khabar angin bertiup kencang tentang saksi nampak tanda-tanda keruntuhan pada bangunan Acro Seoul Forest, kediaman agensi K-pop terkenal, SM Entertainment.

Bagaimanapun pihak pengurusan bangunan menafikan hal tersebut. Menurut laporan media Korea, para pekerja di bangunan tersebut memuat naik dakwaan bangunan itu macam nak runtuh seperti gegaran sepanjang hari, sebahagian lantai pecah-pecah, air bocor dari siling dan tingkap retak di tingkat bawah.

“Kadang-kadang saya rasa bangunan ini bergegar, hari inj paling teruk sampai semua staf terkejut.” kata salah seorang pekerja SM Entertainment.

sm entertainment 210122

Para pekerja di bangunan Acro Seoul Forest turut mengkritik pihak pengurusan kerana memaksa mereka datang juga bekerja di pejabat meskipun detik-detik cemas itu dirasai.

Selain SM Entertainment, bangunan komersial itu turut menempatkan Socar dan Hyundai Glovis.

Binaan Acro Seoul Forest setinggi 49 tingkat ini terdiri daripada dua apartment kediaman, sebuah bangunan pejabat dan turut mempunyai tujuh tingkat bawah tanah.

Syarikat DL E&C bertanggungjawab ke atas pembinaannya, pihak mereka memperkenalkan reka bentuk seismik yang boleh menahan gempa bumi besar, serta mendakwa “Rumah ini dapat bertahan 100 tahun dan diwariskan dari generasi ke generasi.”

Kerusingan staf di bangunan itu dengan pantasnya tersebar dalam komuniti talian Korea. Orang ramai turut membuat panggilan nombor kecemasan 119.

Bagaimanapun pihak Acro Seoul Forest menafikan dakwaan tersebut yang disifatkan tidak benar.

Mereka telah menyiasat perkara tersebut namun tanda bangunan itu nak roboh seperti yang diperkatakan itu tidak ditemui.

Sumber: Kbizoom