Home Entertainment Stealer: The Treasure Keeper Kdrama Terbaru Dengan Aksi Mencuri Menghiburkan

Stealer: The Treasure Keeper Kdrama Terbaru Dengan Aksi Mencuri Menghiburkan

0

Stealer: The Treasure Keeper’ adalah drama Korea aksi yang baharu sahaja ditayangkan pada 12 April 2023 dan boleh ditonton secara striming di Viu Malaysia

IMG 2829

Drama ini juga dikenali dengan tajuk Stealer: Seven Joseon Coins dengan peranan utama oleh Joo Won, sebanyak 12 episod ini boleh ditonton pada setiap hari Rabu dan Khamis bermula 12 April 2023.

Diarahkan oleh Choi Joon Bae yang juga telah menghasilkan beberapa drama siri Korea popular sebelum ini seperti “Mouse” dan “Come and Hug Me” yang menyajikan genre aksi thriller. “Stealer: The Treasure Keeper” ini juga bergenre aksi komedi yang dibintangi oleh beberapa pelakon terkenal Korea Selatan seperti Joo Won, Lee Joo Woo, Jo Han Chul, Kim Jae Won dan Choi Hwa Jung.

Drama siri ini mengfokuskan dengan wujudnya satu kumpulan yang diberi nama “Karma” untuk melindungi aset budaya Korea yang dilindungi kerana aset-aset penting tersebut telah dicuri oleh pencuri licik dimana mereka ini tergolong yang kalis undang-undang.

Skunk merupakan seorang pencuri aset budaya yang cukup misteri, handal dan sangat sukar untuk ditangkap. Skunk selalu memulakan aksi mencurinya setiap malam hari dengan menggunakan kostum serba hitam yang menutupi seluruh tubuhnya.

IMG 2833 IMG 2835 IMG 2834

Satu kumpulan telah dibentuk bernama Karma cuba untuk memulihkan dan mengembalikan semula berbagai aset budaya yang dicuri dan mencari orang-orang yang terlibat dengan Skunk untuk diberikan hukuman yang sewajarnya.

Baca Lagi: 7 Kdrama Menampilkan Watak Utama Yang Licik

Hwang Dae Myung (Joo Won), seorang pegawai kerajaan bahagian Penyiasatan Khusus Administrasi Khazanah Warisan Budaya yang suka curi tulang dengan tidur dan bersantai-santai. Karma mengesyaki Hwang Dae Myung terlibat dengan Skunk dalam komplot pencurian aset budaya.

IMG 2827

Rupa-rupanya Hwang Dae Myung adalah Skunk. Yang menariknya ketua kumpulan Karma tidak ingin menangkap Skunk, sebaliknya ingin mengajak Skunk menyertai kumpulan Karma dan menjalinkan kerjasama untuk menangkap dalang terbesar pencurian aset khazanah warisan budaya yang ternyata mempunyai nilai yang sangat tidak terhingga.

Selain Hwang Dae Myung, terdapat beberapa ahli lain juga terlibat dalam misi ini. Mereka adalah Choi Min Ho (Lee Joo Woo), Shin Chang Hoon (Kim Jae Won) dan pengasas “Karma” iaitu Jang tae In (Jo Han Chul).

Dapatkah mereka ini bekerjasama dengan baik bagi mengatasi masalah pencurian aset-aset penting di Khazanah Warisan Budaya Korea? Dan siapakah dalang disebalik kehilangan aset-aset tersebut??

IMG 2838

Yang pasti, lawan mereka bukanlah calang-calang orang kerana dalang tersebut digambarkan sebagai seorang pencuri handalan yang sangat licik dan cekap. Bukan itu sahaja, dia ini juga dikatakan seorang yang bersifat kejam dan berhati kering ketika berhadapan dengan lawannya.

Kedengaran cukup menarik kan? Jadi jangan lupa untuk menyaksikan “Stealer: The Treasure Keeper” yang kini sudah tersedia untuk ditonton di Viu Malaysia.

Baca Juga: Stealer: The Treasure Keeper Kdrama Terbaru Joo Won