Home News Streamer Korea Ini Tamatkan Riwayatnya Sendiri

Streamer Korea Ini Tamatkan Riwayatnya Sendiri

0

Jammi, seorang streamer popular Korea bertindak mengambil nyawanya sendiri. Khabar ini disampaikan oleh bapa saudaranya.

Menurut bapa saudaranya, Jammi menderita kemurungan serius kerana dilempar pelbagai komen berbentuk kecaman dan fitnah yang merantai dirinya.

“Saya harap kamu jangan menghina orang yang sudah tiada ini. Ini sudah cukup menyedihkan keluarga dan rakan-rakannya. Dia tinggalkan nota bunuh diri, menerusi artikel-artikel, saya boleh lihat bagaimana teruknya Jammi dibuli. Jangan mula buat cerita mengarut lagi.”

Ketika masih hidup, streamer tersebut buat siaran langsung dan berinteraksi dengan penonton selepas lama menyepi.

Sambil memegang anak patung kura-kura, Jammi bertanya, “Hidup kura-kura ni bergantung pada anda, patut bunuh atau selamatkannya?”

lk

Apabila sesetengah penonton main-main cakap suruh bunuh anak patung itu, Jammi buat gaya kura-kura itu bercakap, “Semua orang, tolong selamatkan saya, saya tak nak mati.”

Kemudian dia bersuara, “Tiada siapa mahu kamu hidup, kamu mati bila berborak dengan orang-orang ini, nyalaan semangat dalam hidup ini terpadam kerana satu kata-kata…”

Selepas itu, dia tamatkan perbualan dan sejak itu tiada khabar tentangnya. Ternyata itulah siaran langsung terakhirnya sebelum bapa saudara post berita sedih itu.

Terdahulu Jammi dilanda kontroversi kerana berpandangan feminis. Emak Jammi sedih baca komen-komen kecaman tentang anaknya lalu bertindak bunuh diri.

Kemurungan Jammi dilaporkan bertambah serius selepas kematian ibunya, dan akhirnya meninggal usia pada 27 tahun.

Sumber: Allkpop, Wikitree