Home Video Stres Serumah Dengan Mak Mentua, Nak Pindah Rumah Sendiri Si Suami Pula...

Stres Serumah Dengan Mak Mentua, Nak Pindah Rumah Sendiri Si Suami Pula Tak Bagi

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok fatihahsidek, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan kisah seorang wanita yang serumah bersama mak mentuanya, manakala si suami bekerja di luar negara di India. Dijadikan cerita wanita ini berasa stres apabila anaknya merosakkan apa-apa barang di dalam rumah mak mentuanya, namun reaksi mak mentua yang hanya meminta tolong pada anak-anak lain yang tidak serumah bersamanya.

Selain itu, dalam rumah itu bukan sahaja beliau dan mak mentua, namun ada lagi adik kepada suaminya yang masih menetap bersama ibunya tetapi tidak membantu dari segi kerja rumah serta hanya terperap di dalam bilik sahaja sambil bermain game.

Wanita tersebut juga mengatakan pernah meminta izin suaminya untuk pindah dan sewa rumah diluar, tetapi si suami pula tidak bagi dan anaknya turut dipukuli kerana stres berada dalam rumah mak mentua. Oleh itu, pemilik video klip ini tampil memberi pendapat isu wanita ini dan apa yang perlu dia lakukan selepas itu.

Screenshot 2023 09 05 095442
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan apa yang dikatakan oleh pemilik video klip ini sememangnya membuatkan orang ramai bersetuju dengannya. Serta meminta wanita berkenaan menyelesaikan masalahnya sebaik yang mungkin dan perlu bagi beliau untuk berpindah daripada rumah mak mentuanya kerana mereka berdua tidak sepatutnya serumah. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga pernah mengalami perkara yang sama.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 59.8K penonton, 2526 sukaan dan 228 komen.

Baca lagi: Jadi Penterjemah Diantara Ibu Mentua Dan Ibu Kandung, Reaksi Maryam Pula Raih Perhatian Ramai

Baca lagi: Bekas Suami Minta Kurang Nafkah Anak Sebab Tanggung Anak Tiri, Sekali Respon Wanita Ini Buat Ramai Yang Setuju

Lihat klip durasi pendek respon wanita ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@NurulSham92: I punya mom dah x sihat,I move in back with all kids & hubby…it’s little bit annoy coz my mom will interrupt my way handle my family

@Hawa Jdt: betul,pindah keluar.suami tak ada hak nak paksa duduk rumah ibu mereka.

@maflizahabdullah: betul tu tangung jawab suami utk sediakan rumah isteri dan dan anak2

@LeesaRidzki | Shop4Mom&Kids: Betul sgt awak , sy amik masa hampir 4thn utk pindah keluar dr rumah mertua.. sblm nie sy menumpang disitu.. spt sedia maklum, mertua tetap mertua,

@zalenaosman4: Betul sgt..suami wajib cari rumah utk isteri dan anak2

@CLARISSA ROSE: Inilah sebab tak suka duduk rumah orang lama2..bila stress mng anak2 jadi mangsa..

@eapaaaaaa: best ny tiktok ni ..semua supportive sngt , kdg dkt tt ni je dpt luah mcm². ada je vibe +

@Peonylia_Aykiz: Setuju sgt sis. Akak dulu pn mcm tu, ambil kputusan duduk rmh sendiri…barulah rasa bahagia & kurang stress. Rumah kita, cara kita …

@KNOWRATHANT: Awal kawen suami ajak duduk umah mak dia huh BIG NO for me sb me kerja balik kerja penat kang dok dlm bilik jd fitnah plk dr MIL FIL SIL . Ujung mgu

@HAWEIDA: entahla sis saya pon mcm tu skang nk pindah tp bila fkir kan psl mak dan ayah yg da tua n tak bpe sihat sye selalu hold,tp hati ni mmg meronta nkpinda

@CikMAO: Betul .. bukan nak jadi derhaka tapi ,pon xnak diorang terus bt dosa tanpa sedar/xsedar . Org kate bile dekat busuk,bila jaoh wangi .

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram