Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok rezqiyusufcowarehouse, dan telah ditular baru-baru ini.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang wanita menyiarkan satu klip durasi pendek mengenai suaminya yang hampir kena ‘pukau’ dengan dua orang pelanggan di sebuah kedai miliknya. Beliau mengatakan pelanggan yang kelihatan seperti pelancong juga ini pernah datang ke kedainya dan cuba memukau beliau. Wanita ini turut mengatakan reaksi pelanggan itu seperti cuba menarik perhatian suaminya, tetapi tidak berjaya.
“Hati-hati semua, dua orang Arab ni dah viral satu Malaysia buat kerja pukau ni. Jangan bagi orang dekat dan sentuh korang tau”
Video klip ini juga telah ditular di media sosial dan mendapat perhatian netizen.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan reaksi pelanggan tersebut sememangnya aneh dan cuba menarik perhatian suami beliau untuk cubaan memukaunya. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka dan salah seorang ahli keluarga turut pernah mengalami perkara yang sama. Netizen juga yang memberi tips untuk elak dipukau daripada golongan seperti ini.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 1M penonton, 35.8K sukaan dan 1088 komen.
Baca lagi: Pelanggan Makan Tanpa Bayar, Pekerja Restoran Terpaksa Tanggung Bil Sebanyak RM723
Baca lagi: Pembantu Rumah Cuba Bunuh Diri, Selepas Duit Kiriman Perubatan Nenek Sebanyak RM10,000 Lesap
Lihat klip durasi pendek reaksi pelanggan ‘Arab’ ini:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@sahik@sepi: bela ikan puyu dalam kedai.. pukau tak masuk.. ni dari atuk sy dari dulu lagi
@Liz: ambik gambar…print out letak kat dalam dn luar kedai..elakkan terkena lagi..kdg kita tlupa
@sarifaheffa975: bkn kt kedai je kt umh pn bahaya pernah kwn kena dye dtg umh kononya bersalaman tiba2 terkena pukau duit 500 lesap
@user2615609359453: nasib baik anak larikan diri. dia nak bersentuhan baru jadi. amalkan pagar kedai sblm dan slps berniaga dgn ayat kursi.
@Dieyra Lurve: Beli ayat2 ruqyah n plug in, biar on je kat kedai.. Harap2 smpai depab pintu kedai hilang niat dia nk pukau dgn izin Allah
@zai zainul: setiap kali selepas solat pagar setiap penjuru kedai ngan bacaan surah al ikhlas..Allah akan lindungi umah atau kedai..insyaAllah
@Homemade kitchen: serius…ada lagi yer. dulu kedai saya kena juga.staff saya gigil lps sedar. hampir 3k kami lesap.
@Nadyaaa: hm saya kne dia cuma dpt 50 ringgit sbb kwn saya dtng kt saya dia terus klua kdai
@megat: cukup baca bismillah 5 insyAllah dgn izin Allah smua yg pukau akn terbatal
@Nor Nora shikin suka shopping: pukau ni kalau kita dah tahu memang tak jadi pun pukau die tu…. zikir je banyak dalam hati masa cakap ngan die tu
@ydashairah: Kdg xyah sentuh or pandang pon kakak sy dulu penah kena melalui asap rokok je org tu buat..
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram