Itu yang terjadi kepada pasangan suami isteri di Amerika Syarikat (AS) apabila mereka secara tiba-tiba menjadi ‘jutawan’ selepas temui dua buah beg bimbit yang berisi duit sebanyak $33.000 (RM188,038) di bahagian loteng rumah mereka.
Penemuan yang tidak diduga itu berlaku di sebuah kediaman yang terletak di Cleveland, Ohio AS ketika mereka berhasrat untuk melakukan pengubahsuaian.
Individu yang tidak didedahkan identiti itu pada awalnya tidak mengesyaki sebarang perkara aneh terhadap beg tersebut dan menyangka hanya mengandungi kad sukan lama atau barang tidak berharga.
Baca lagi: Duit Tersalah Transfer Ke Akaun Lain, Ini Cara Mudah Untuk Dapatkan Semula Duit Anda
Baca lagi: Raptai Hari Kemerdekaan, Reaksi Salah Seorang Penari Pula Tarik Perhatian Ramai
Lihat juga video dibawah:
“Saya ambil dan bawa beg tersebut tunjuk pada isteri. Saya memang terfikir ada sesuatu di dalamnya, tetapi tidak berat seperti kumpulan syiling atau jongkong emas. Mungkin kami bertuah kerana berjaya menjumpai kad sukan lama” -kata si suami terbabit
Lelaki ini turut menjelaskan, bahawa mereka menemui tiga bungkus wang yang dibalut menggunakan kertas lilin bersama salinan akhbar lama, Cleveland Plain Dealer bertarikh 25 Mac 1951 di dalam beg pertama.
Akhbar tersebut dipercayai digunakan untuk membungkus wang sebanyak $17,000 (RM96,978) agar tidak rosak bersama dengan beberapa bil bertarikh antara 1928 hingga 1934.
Sementara itu, beg kedua pula mereka menemui sebanyak $33,000 (RM188,251).
“Awalnya kami berasa ketakutan dan seakan tidak percaya dengan apa yang telah berlaku. Situasi ini pastinya di luar sangkaan”
Beberapa individu juga menyarankan agar pasangan terbabit menghabiskan duit tersebut dengan berbelanja, namun lelaki berkenaan memilih untuk menggunakannya untuk menambah pendapatan mereka.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Sarang Burung