8 tahun isteri bersabar dengan suami, duit belanja hanya diberi RM20 untuk seminggu termasuk duit poket anak sekolah. Apalah nasib si isteri ini, sudahlah jatuh ditimpa tangga pula. Sudahlah dapat suami kedekut, dapat pula ibu mentua yang suka berkira.
Hanya berbekalkan RM20 seminggu dari suami, itulah duit dapur, itulah duit belanja anak. Cuba anda kira, cukupkah? Lepas itu, diugut bercerai pula oleh suami.
Kisah ini telah dikongsikan sendiri oleh seorang Peguam Syarie untuk tauladan untuk kita semua. Mari, sama-sama ambil ikhtibar. Buat si isteri, anda seorang yang kuat dan tabah. Didoakan semoga ada sinar kebahaguaan buat anda kelak.
Suami Kedekut, Diugut Cerai Tiap Kali Isteri Minta Duit Belanja
Sepertimana yang dikongsikan oleh seorang wanita anak tiga yang mana ketika ini hanya mampu meluahkan rasa sedih di hati sebab tidak bernasib baik seperti isteri-isteri di luar sana.
Apabila diungkit tanggungjawab menyediakan barang dapur, suami akan naik hantu dan ugur cerai jika si isteri sibuk meminta-minta. RM20,00 sahaja dibekalkan untuk seminggu hanya beli barangan basah.
Anda rasa cukupkah hanya berbekalkan RM20,00 untuk tempoh 2 minggu? Itulah duit belanja dapur yang isteri tersebut dapat setiap minggu. Kalau masak telur kicap, telur sambal suami pula menyindir dengan kata-kata membuatkan si isteri sedih dengan situasi itu.
“RM20,00 kau masak ini je? Baik aku lepak mamak”
RM20 Seminggu Itu Termasuk Duit Poket Anak
Isteri tidak bekerja selepas berkahwin sebab suami minta ister memberi tumpuan sepenuhnya kepada rumah tangga dan jaga anak-anak. Memang suami tidak mengizinkan isteri tersebut bekerja.
Isteri tidak berfikir panjang, terus bersetuju untuk berhenti kerja dan duduk di rumah. Tiada langsung wang simpanan. Suaminya mengatakan beliau mampu menanggung. Kini RM20,00 itulah termasuk duit poket anak sekolah.
Diri Tak Bekerja, Ibu Mentua Pula Pandang Menantu Dengan Penuh Rasa Benci
Mentua pula bila isteri tidak bekerja, tiada gaji sendiri, tengok menantu pun dengan penuh rasa benci. Minta beras pun, mentua suruh ganti semula ikut kiraan berapa mangkuk isteri ambil.
Setiap bulan isteri akan ganti semula selepas kakak kepada isteri itu beri bantuan kewangan setiap bulan walaupun tidak banyak dalam RM150,00 untuk satu bulan. Kalau tidak diganti memang akan dimarahi oleh si suami.
Sampai Macam Itu Sekali Si Suami Zalimi Isteri
“Pandai pinjam pandai bayar”-kata si suami
Isteri tersebut sudah makan hati hampir 8 tahun perkahwinannya sampai naik malu dengan keluarga sebelah isteri dan suami. Hidup susah sebab suami terlalu kedekut. Duit habis ke mesin judi dan bayar hutag kawan-kawan suami. Harta suami memang harta suami sahaja dan tidak akan berubah menjadi harta isteri dan anak-anak.
Isteri Sudah Penat! Bukan Penat Hilang Hari Ini, Esok Sudah Hilang
Kini isteri tekad dan nekad untuk menuntut perceraian sebab sudah tawar hati dengan hubungannya. Perkahwinan sudah menjadi huru-hara. Isteri sudah penat, penatnya bukan hari ini rehat esok sudah hilang tetapi penat mental dan emosi. Tidak boleh lagi dibawah berbincang, jika didesak akan bergaduh.
Kalau isteri sahaja yang perlu buat segalanya, jadi sukar juga untuk isteri memberikan layanan seperti diharapkan. Mungkin pada pasangan lain, lain pula ceritanya.
Oleh itu, dengan membuat keputusan secara berlapang dada dan menerima segala nasihat positif meyakini segala konflik dan problem pada hari ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin untuk manfaat bersama yang berkepentingan dalam perkahwinan tersebut.
Semoga wanita yang sudah bergelar menjadi seorang isteri kuat dan tabah menghadapi perkara sebegini, dan buatlah keputusan yang sebaiknya untuk kebaikan anda.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Selayang