Pelakon Byeon Woo Seok adalah antara bintang yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Semuanya adalah kerana kejayaan besar drama Lovely Runner yang dibintanginya kini. Dia membawa watak sebagai seorang bintang idola Kpop yang mati bunuh diri. Bukan hanya itu, dia juga menggambarkan kehidupan sebagai pelajar sekolah yang menjadi perenang harapan di masa lalu.
Disebalik wajahnya yang awet muda, ramai peminat yang terkejut dengan umur sebenar pelakon ini yang kini menginjak 33 tahun. Begitu juga dengan artis-artis Korea berikut ini yang membawa watak sebagai pelajar sekolah dalam drama Korea yang ditayangkan pada tahun 2024 ini, sebenarnya umur mereka sudah mencapai usia 30 tahun lebih. Siapakah mereka?
1. Merupakan pelakon utama, Byeon Woo Seok yang dilahirkan pada tahun 1991 ini menampilkan lakonan segar sebagai pelajar sekolah yang juga merupakan bintang idola Kpop popular dalam Lovely Runner
Baca lagi: 9 Kdrama Punya Vibe Sama Seperti Lovely Runner
2. Masih dalam drama yang sama iaitu Lovely runner, Lee Seung Hyub berlakon sebagai kawan baik Byeon Woo Seok sejak sekolah. Pelakon ini sebenarnya dilahirkan pada tahun 1992
3. Sekali lagi membawa watak sebagai seorang doktor, Park Shin Hye juga berjaya menggambarkan kehidupan pelajar sekolah yang dipenuhi dengan impian dan cita-cita dalam Doctor Slump. Pelakon wanita ini sebenarnya lahir pada tahun 1990
4. Manakala pelakon yang bergandingan dengan Park Shin Hye, Park Hyung Sik yang lahir pada tahun 1991 juga melakonkan watak pelajar sekolah yang mendapat keputusan pencapaian akademik terbaik sebelum menjadi doktor dalam Doctor Slump
5. Tampil sebagai cameo, Lee Sung Kyung juga menunjukkan lakonan sebagai pelajar sekolah dalam drama Doctor Slump. Pelakon ini juga dilahirkan pada tahun 199
6. Baru genap berusia 30 tahun, Jeong Ha Dam diberi kepercayaan untuk melakonkan watak pelajar sekolah dalam drama Pyramid Game
7. Seterusnya adalah Lee Ju Yeon, lahir pada tahun 1994. Dia tampil berbeza dengan watak pelajar yang berambut pendek yang rapat dengan Kang Na Eon dalam drama Pyramid Game
8. Selain membawa watak sebagai chef terkenal, Lee Gi Kwang yang lahir pada tahun 1990 ini juga berlakon sebagai pelajar sekolah yang bertemu cinta pertamanya dalam drama popular Marry My Husband
9. Park Min Young yang kini berusia 38 tahun juga menampilkan watak segar sebagai pelajar sekolah untuk menunjukkan kisah cinta pertamanya dalam Marry My Husband
10. Masih dengan pelakon yang berumur 38 tahun, Song Ha Yoon juga menunjukkan lakonan memukau sebagai pelajar sekolah yang berjaya membakar emosi penonton dalam drama Marry My Husband
Walau sebenarnya telah berusia 30 tahun lebih, para pelakon Korea di atas memiliki wajah yang awet muda sehingga masih diberi kepercayaan untuk berlakon sebagai pelajar sekolah dalam drama-drama yang ditayangkan pada tahun 2024 ini. Bahkan, ada yang sebenarnya sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata sendiri. Pada pandangan anda, siapakah yang paling mengejutkan anda dengan usia sebenarnya? Tidak sangka bukan?