Home Filem Indonesia/Melayu Drama Melayu Sudahkah Anda Tonton NAFSU? Drama Seram Thriller Misteri Terbaru dari Viu Original

Sudahkah Anda Tonton NAFSU? Drama Seram Thriller Misteri Terbaru dari Viu Original

0

“Nafsu” ialah sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2024 berjumlah 8 episod 2024.

Siri Viu Original “Nafsu” ini telah memulakan tayangan perdana di platform penstriman Viu pada 27 Jun 2024, setiap hari Khamis.

Nafsu

Sebelum ini, Sein Qudsi pernah mengarah bersama untuk drama bersiri Viu seperti Hilang dan Black 2, dan kini beliau tampil sebagai pengarah utama dengan olehan skrip dari Hadi M. Nor, Amar Amir, Amin Shakib, Zuli Ismail dan Azhar Amirulhisyam.

Membawakan tema dan genre thriller & mistik, berikut adalah beberapa perkara menarik tentang “NAFSU” yang perlu anda tahu:

SINOPSIS

IMG 1882

Di sebalik kawasan setinggan dan lorong gelap Kuala Lumpur, Sam menipu dan menyamar sebagai bomoh demi kelangsungan hidup. Mangsanya adalah antara mereka yang mudah terpedaya dengan ilmu hitam dan sejurus itu mengambil kesempatan untuk, mengaut duit mereka dengan penipuan dan ilusi murahannya.

Sam sebenarnya mempunyai deria keenam dan boleh melihat makhluk ghaib, namun dia menolak kepercayaan itu kerana baginya ia merupakan satu sumpahan. Dina, bekas kekasih Sam, datang meminta bantuan mencari adik perempuannya Alia yang hilang selepas mendengar suara ghaib.

IMG 1871

IMG 1889

IMG 1884

Kehilangan Alia hanyalah satu permulaan kepada suatu ancaman yang lebih besar, melibatkan kumpulan ajaran sesat daripada golongan elit yang diketuai seorang lelaki misteri penuh karisma bernama Gusti

Bersama Dina dan Suria, Sam yang cuba membantu bakal diduga dengan kejadian di luar jangkaan akal sementara bandar Kuala Lumpur menyaksikan rancangan besar Gusti berjalan.

Barisan Pelakon “Nafsu”

IMG 1890

  • Kamal Adli sebagai Sam
  • Azira Shafinaz sebagai Dina
  • Aqasha sebagai Gusti
  • Khayrisyah Kemal sebagai Alia
  • Nia Atasha sebagai Suria
  • Zaidi Omar sebagai Ustaz Firdaus
  • Ellie Suriaty sebagai Kamariah
  • Vanidah Imran sebagai Marina
  • Fahrin Ahmad sebagai Dr Azlan
  • Riezman Khuzaimi sebagai Tan Sri Hisham
  • Rosdeen Suboh sebagai Pak Attan
  • Yusuf Bahrin sebagai Zac
  • Steve Yap sebagai Foo
  • John Bear sebagai Khalid
  • Fadhli Masoot sebagai Api

Menarik? Viu Original sering menyajikan drama Melayu yang berkualiti dan lain dari drama-drama melayu kebiasaan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton “Nafsu” yang pastinya memacu adrenalin anda dengan sub-plot yang unik dan menarik!

IMG 1883

Bagi anda yang ingin menonton drama-drama Melayu menarik lain yang masih dan sedang disiarkan, boleh strim melalui aplikasi Viu ya!

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai drama tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: Filem Korea Joseon Chefs, Kisah Benar Lagenda Gastronomi Korea
Baca juga: Tonton 3 Filem Korea Ini di Viu, Dari Genre Thriller Misteri hingga Dark Comedy

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here