Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Suka Bad Memory Eraser? Tonton 10 Drama Korea Ini

Suka Bad Memory Eraser? Tonton 10 Drama Korea Ini

0

Meraih rating yang memberangsangkan, drama Korea terbaru yang berjudul Bad Memory Eraser kini menjadi salah satu Kdrama rom-com kegemaran ramai pada tahun ini. Menarik lagi, drama ini merupakan projek yang menyaksikan semula kemunculan Kim Jae Joong selepas 7 tahun menyepikan diri.

Bad memory eraser

Bad Memory Eraser menceritakan tentang penghapus memori buruk, memori buruk yang ingin dilupakan. Bukan hanya tentang dunia atlet, cerita drama ini juga adalah mengenai kisah romantik lucu serta proses mencari keyakinan diri sekali lagi.

Baca lagi: 6 Kdrama dan Filem Dibintangi Kim Jae Joong, Terbaru “Bad Memory Eraser’, Sebagai Lelaki Yang Dihapus Ingatannya

Jika anda sukakan drama Korea seperti Bad Memory Eraser, berikut ini adalah drama Korea yang membawa vibes hampir serupa dengan Bad Memory Eraser. Memaparkan kisah-kisah yang menghiburkan dan tidak kurang hebatnya.

 

1. Mengangkat kisah romantik manis antara bekas atlet lumba lari dan penterjemah filem, Run On (2020) termasuk dalam senarai drama Korea yang hampir sama dengan Bad Memory Eraser

 

 

2. Weightlifting Fairy Kim Bok Joo (2016) ialah tentang meraih impian dan cabaran dalam dunia olahraga. Diwarnai kisah cinta pada masa muda

 

Baca lagi: 4 Motif Penting Yang Diangkat dalam Bad Memory Eraser, Kisah Kehidupan yang Kompleks

3. Gandingan hebat antara wartawan yang mengingati semua memori dan pelakon yang mudah lupa tentang segalanya dalam Find Me in Your Memory (2020)

 

 

4. Mengundang air mata dan amat mengharukan, Rain or Shine (2017) ialah tentang lelaki yang perlu melepaskan impiannya dan berusaha untuk meneruskan hidup sekali lagi

 

Baca juga: Kenapa Perlu Menonton Bad Memory Eraser? Kdrama Komedi Terbaru

5. Hello, Me! (2021) termasuk dalam senarai drama Korea yang hampir sama dengan Bad Memory Eraser. Pertemuan seorang wanita dengan dirinya sendiri yang berumur 17 tahun

 

 

6. Abyss (2019) fokus pada kehidupan seorang gadis yang dihidupkan kembali dengan menggunakan batu ajaib yang dikenali sebagai abyss. Drama fantasi yang menarik!

 

 

7. Seorang wanita merasa hidupnya sangat malang dalam Doom At Your Service (2021). Makin teruk lagi kerana dia hanya mempunyai baki waktu 100 hari sahaja

 

 

8. Menggabungkan genre romantik dan liku-liku dunia sukan badminton, Love All Play (2022) adalah drama yang menghiburkan yang juga boleh membuatkan anda berendam air mata. Sudah menonton?

 

 

9. Drama Korea yang hampir serupa dengan Bad Memory Eraser ini pasti tidak asing lagi bagi para peminat Kdrama. See You in My 19th Life (2023) ialah tentang gadis yang menjalani kelahiran semula hingga 19 kali

 

10. Please Comeback Mister (2016) ialah tentang dua orang lelaki yang meninggal dunia pada hari yang sama, lalu mereka mempunyai peluang untuk hidup kembali

Demikian 10 drama Korea yang mempunyai vibe yang sama seperti drama Bad Memory Eraser yang menampilkan cerita unik sangat menarik. Sesuai ditonton semasa anda memerlukan hiburan dan mengisi masa terluang!

Baca lagi: 19 Kdrama Ini Mempunyai Vibes Seperti Black Out, Kisah Watak Utama Dituduh Buat Jahat
Baca juga: 10 Kdrama Terbaik dari OCN dengan Rating Tertinggi, Didominasi oleh Genre Thriller Misteri