Dreaming of a Freaking Fairy Tale merupakan drama Korea bergenre romcom yang menceritakan tentang seorang wanita penganggur bernama Shin Jae Rim (Pyo Ye Jin) yang berusaha menjadi Cinderella sejak ayahnya meninggal dunia.
Ditinggalkan bersama ibu tiri dan saudara-saudara tirinya, Shin Jae Rim akhirnya diterima bekerja di syarikat milik konglomerat. Syarikat tersebut diusahakan oleh Moon Cha Min (Lee Jun Young).
Baca lagi: 4 Sebab Drama Romcom ‘Dreaming of a Freaking Fairytale’ Patut Ditonton, Lucu dan Sangat Menghiburkan
Drama Korea ini menampilkan kisah cinta wanita miskin dengan lelaki kaya seperti yang boleh ditemui dalam cerita Cinderella. Dikemaskan dengan komedi yang menghiburkan, kemunculan Lee Jun Young dan Pyo Ye Jin ini berjaya membuatkan para penonton ketawa tidak kering gusi dari awal hingga akhir episod.
Berikut ini adalah beberapa buah drama Korea yang mempunyai vibes yang serupa dengan Dreaming of a Freaking Fairytale.
1. Marriage Not Dating (2014)
Drama Korea Marriage Not Dating menceritakan tentang seorang lelaki yang bernama Kong Ki Tae (Yeon Woo Jin) yang dipaksa berkahwin oleh keluarganya. Dia enggan berkahwin dan bertemu dengan wanita bernama Joo Jang Mi (Han Groo).
Kong Ki Tae lalu membuat kontrak dengan wanita tersebut supaya keluarganya tidak terus-menerus memaksa dia berkahwin. Walaupun melibatkan banyak pihak, kisah watak-watak dalam drama ini tetap berjaya membuatkan penonton ketawa.
2. King the Land (2023)
Drama ini sangat hits! Cerita tentang seorang anak chaebol bernama Gu Won (Lee Joon Ho) yang jatuh hati kepada pekerja hotelnya yang bernama Cheon Sa Rang (Im Yoon A). Gu Won biasanya tidak boleh tersenyum, tetapi sejak bertemu Sa Rang yang ceria dan ramah, dia menjadi seorang yang lebih terbuka dan mula menunjukkan ekspresi ceria.
3. Lovely Runner (2024)
Drama Korea ini tentu tidak asing lagi bagi para peminat drama Korea. Cerita tentang gadis yang bernama Im Sol (Kim Hye Yoon) yang merupakan peminat tegar seorang bintang idola terkenal, Ryu Sun Jae (Byeon Woo Seok). Disebabkan sebuah insiden, Im Sol mendapat peluang untuk mengembara ke masa lalu dan berusaha menyelamatkan Sun Jae. Plot twist yang mengejutkan kerana ternyata Sun Jae lebih dulu menyukai Sol, bahkan sejak mereka masih di bangku sekolah.
4. Cinderella and Four Knights (2016)
Drama ini menceritakan tentang seorang pelajar sekolah yang ingin menjadi guru. Dia hidup miskin seperti Cinderella dan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan ayahnya, ibu tirinya, dan saudara tirinya.
Seorang chaebol meminta dia untuk mengubah sikap cucu-cucunya yang dikenali kurang didikan. Dia yang pada mulanya hanya kerja sambilan, terpaksa berhadapan dengan beberapa orang lelaki yang mempunyai sikap yang berbeza.
5. She Was Pretty (2015)
She Was Pretty merupakan drama Korea tentang seorang jejaka yang semasa kecilnya sering dibuli kerana bertubuh gempal. Dia dibela oleh kanak-kanak sebayanya yang sangat menawan. Apabila dewasa, dia bertemu kembali dengan kawan masa kecilnya tersebut.
Gadis yang dicarinya merupakan pekerja bawahannya di pejabat. Penampilannya tidak secantik dulu, berbeza dengan dirinya yang makin tampan dan menawan. Namun, dia tetap menerima gadis itu. Mereka belajar memahami antara satu sama lain dan saling mencintai.
6. Strong Woman Do Bong Soon (2017)
Drama ini merupakan salah satu drama Korea dengan rating yang tinggi pada zamannya. Cerita tentang seorang gadis bernama Do Bong Soon (Park Bo Young) yang mempunyai kekuatan super yang bekerja di syarikat permainan video. Dia mendapat kekuatan itu sebagai warisan turun temurun dari keturunan ibunya.
Hidup sebagai gadis miskin yang jarang menunjukkan kekuatannya, Bong Soon menyukai sahabatnya yang merupakan seorang polis. Namun, majikannya yang bernama Ahn Min Hyuk (Park Hyung Sik) juga menyukainya. Dia mengalami perubahan perasaaan dan lebih memilih Min Hyuk sebagai buah hatinya.
7. My Sweet Mobster (2024)
My Sweet Mobster adalah drama Korea yang juga ditayangkan pada tahun ini. Cerita yang sedang ongoing ini adalah tentang seorang bekas gangster yang jatuh hati kepada seorang content creator untuk kanak-kanak. Pada awalnya, mereka bertemu dengan cara yang kurang menyenangkan. Namun, selepas itu, mereka kembali berjumpa dan makin akrab antara satu sama lain. Mereka melihat sisi lain dalam diri mereka dan cuba saling memahami masalah masing-masing.
Semua drama Korea di atas boleh dijadikan alternatif apabila kamu inginkan tontonan dengan vibes yang mirip dengan Dreaming of a Freaking Fairytale. Penuh kisah percintaan manis dan fantasi yang menghiburkan!