Home Artis Korea Suka Genre Supernatural Seperti The Uncanny Counter 2? Berikut 7 Kdrama Supernatural...

Suka Genre Supernatural Seperti The Uncanny Counter 2? Berikut 7 Kdrama Supernatural Untuk Anda

0

Drama siri dari Korea Selatan yang membawa tema supernatural benar-benar diminati oleh sebahagian besar penonton dan penggemar Kdrama dari seluruh dunia.

Tambahan pula kini semua peminat Kdrama sedang dilanda demam The Uncanny Counter 2 yang sangat berjaya mencuri perhatian semua.

Drama siri yang bertemakan supernatural ini mempamerkan jalan cerita yang menyeronokkan, mendebarkan, dan juga membuatkan para penonton sentiasa tertunggu-tunggu episod baru setiap minggu.

Biasanya Kdrama supernatural dari Korea Selatan akan membawa para penonton ke sebuah tempat kuno yang dihuni oleh makhluk-makhluk yang penuh dengan magik sehinggalah ke kota-kota besar metropolitan dimana manusia yang kelihatan biasa dan normal yang memiliki kuasa supernatural luar biasa.

Berjaya membuatkan para penonton terikat di kerusi dan hanyut dalam cerita yang penuh pengembaraan, dendam, aksi, pemburuan, percintaan dan pelbagai konflik, drama siri bertemakan supernatural memang menjadi pilihan ramai.

Jom sama-sama kita lihat 7 buah drama siri supernatural Korea Selatan yang berjaya mencuri perhatian ramai peminat, The Uncanny Counter pasti salah satu daripadanya!

1. Goblin (2016)

Lee Dong-wook adalah malaikat maut yang hilang ingatannya dalam drama siri Goblin (2016). Dia mempunyai masa lalu yang menyakitkan!

 

2. The Uncanny Counter (2020-2023)

Bersama Jo Byung Gyu, Kim Se Jeong, dan Yeom Hye Ran; Yoo Jun Sang memburu iblis jahat dalam drama siri popular The Uncanny Counter. Perjuangan mereka diteruskan dalam musim kedua yang nampaknya lebih mencabar kerana kali ini roh jahat tahap 3 boleh menyedut dan menggunakan kuasa para counter!

 

3. Hotel del Luna (2019)

Jalinan kasih dan cinta antara pemilik hotel dan pekerjanya menjadi jalan cerita Hotel Del Luna (2019). Watak utama wanita mempunyai dendam masa lalu yang perlu dilunaskan. Hotel supernatural yang hanya boleh ditemui oleh manusia tertentu sahaja dan hotel ini tidak dapat dilihat pada waktu siang.

 

4. My Roommate is Gumiho (2021)

My Roommate Is a Gumiho merupakan sebuah drama bersiri televisyen Korea Selatan pada tahun 2021 yang dibintangi oleh Jang Ki-yong dan Lee Hye-ri . Siri drama ini mengisahkan tentang percintaan antara rubah berekor sembilan yang berusia 999 tahun bernama Shin Woo-Yeo dan seorang pelajar perempuan bernama Lee Dam yang secara tidak sengaja menelan manik Shin Woo-Yeo. Siri ini ditayangkan di platform penstriman iQIYI di seluruh dunia dan saluran kabel TVN pada 26 Mei 2021 dan disiarkan selama 16 episod hingga 15 Julai.

 

5. A Korean Odyssey (2017)

Drama komedi seram bertemakan supernatural ini datang dari Korea berjudul asal Hwayugi. Drama siri ini diadaptasi dari novel klasik Cina. A Korean Odyssey mampu membawa para penonton ke dalam dunia magikal yang menghiburkan dengan nuansa komedi. Penonton akan terhibur dengan keletah para makhluk ghaib yang ada di sepanjang cerita. Selain itu, drama siri ini juga menyajikan kisah asmara yang penuh cabaran antara Lee Seung-gi dan Oh Yeon-seo.

 

6. Tail of the Nine-Tailed (2020)

Tale Of The Nine-Tailed menceritakan tentang Yi Yeon (Lee Dong Wook), seorang gumiho yang sudah beradaptasi untuk hidup di dunia manusia. Dia dulu adalah dewa penjaga Pegunungan Baekdudaegan. Tinggal di kota dan hidup bergaul dengan manusia merupakan hukuman yang diterima oleh Yi Yeon kerana pernah menggunakan kuasanya demi cinta. Di dunia manusia, dia bertugas sebagai hakim yang menghukum raksasa pengganggu manusia.

 

7. Tomorrow (2022)

Drama siri MBC ini dibintangi oleh Kim Hee-seon, Rowoon dan Lee Soo-hyuk. Drama siri ini adalah tentang seorang grim reaper yang merupakan separuh manusia dan separuh roh diminta melakukan misi di bumi.

Demikian sahaja senarai 7 drama siri Korea yang membawa tema supernatural yang dipenuhi dengan adegan fantasi dan magikal. Anda pernah menonton Kdrama yang mana satu?

Baca lagi: Mengapa Perlu Tonton Kdrama Moving? Kisah Pemburuan Manusia Super oleh Pembunuh Kejam

Supernatural

Baca juga: Cold Blooded Intern, 3 Fakta Mengapa Menarik Mengapa Wajib Tonton Kdrama Ini

IMG 0007