Jika anda merupakan peminat cerita seram berkisarkan tentang bomoh dan exorcism seperti filem box office Exhuma, anda wajib tonton kmovie Dr. Cheon and The Lost Talisman di Viu.
Akan tetapi, yang lainnya sikit adalah filem arahan pengarah Kim Sung Sik ini menampilkan genre kisah misteri seram bersama elemen komedi.
Kmovie yang dibintangi oleh Kang Dong Won ini membawa genre thriller misteri dan kini bila bila masa “Viu-ers” boleh strim untuk menonton di Viu!
Diadaptasi dari Webtoon Naver bertajuk Possessed, “Dr. Cheon and The Lost Talisman” adalah tentang seorang bomoh palsu pengusir hantu yang akhirnya terlibat dalam kes rasuk yang bahaya.
Selain Kang Dong Won, filem Dr. Cheon and The Lost Talisman ini turut dibintangi Heo Jun Ho, Esom, Lee Dong Hwi, Kim Jong Soo dan pelakon cilik Park Soi.
Baca juga: KMovie Box Office “Love Reset” Kini di Viu – Kisah Lucu Pasangan Amnesia Yang Akan Bercerai
Menceritakan tentang pengembaraan Kang Dong Won menjadi bomoh palsu
Dr. Cheon and the Lost Talisman menampilkan Kang Dong Won sebagai bomoh palsu pengusir hantu bernama Dr. Cheon. Namun, dia menggunakan helah tersendiri di sebalik setiap aksinya. Pada awalnya dia tidak mempercayai hantu, dan menganggap kerasukan hanyalah masalah yang timbul dari keadaan mental dan pemikiran seseorang.
Dr. Cheon akhirnya mengalami banyak perkara mistik selepas bertemu dengan pelanggan barunya, Yoo Kyung (Esom). Suatu hari, Yoo Kyung (Esom) menjumpai Dr. Cheon dan memberikan duit yang banyak supaya Dr. Cheon menolong adiknya yang dirasuk syaitan.
Namun, Yoo Kyung cukup unik. Dia sebenarnya dapat melihat makhluk halus yang merupakan kebolehan yang tidak dimiliki oleh Dr. Cheon. Yoo Kyung kemudian meminta bantuan Dr. Cheon untuk menyelamatkan adiknya, Yoo Min yang dirasuk roh jahat yang misteri. Selepas disiasat ternyata roh tersebut berhubung kait dengan masa lalu pahit Dr. Cheon.
Roh jahat yang merasuk jiwa adik Yoo Kyung ternyata adalah ahli sihir yang sama membunuh datuk dan adik Dr. Cheon pada masa lalu. Dr. Cheon bertekad untuk membalas dendam atas kematian keluarganya.
Filem yang berjaya menembusi 1 juta penonton dalam 5 hari penayangan di pawagam Korea ini turut memaparkan satu babak post-credit yang berjaya meninggalkan persoalan dalam minda penonton. Adegan tersebut seolah-olah memberi petunjuk bahawa Dr. Cheon akan kembali dalam filem seterusnya.