Dunia hiburan Korea Selatan meriah dengan pelbagai kandungan yang menghiburkan, bermula dari muzik K-Pop, drama, filem sehinggalah rancangan hiburan atau variety show. Tema yang dipersembahkan dalam setiap rancangan juga pelbagai.
Apabila sebut tentang variety show, tema makanan juga tidak kurang popular. Jom lihat apa rancangan hiburan menarik di Viu jika anda suka makan atau penggemar makanan:
Paik’s Les Misérables
Paiks Les Misérables ialah rancangan realiti yang menggabungkan hiburan dandengan pendidikan. Rancangan ini diterajui oleh Baek Jong Won, nama yang tidak asing lagi dalam dunia kulinari. Dalam Park’s Les Misérables ini, peserta harus menyelesaikan misi untuk mengubah hidup mereka.
Empat chef pakar turut hadir memberi tunjuk ajar, masing-masing pakar dalam masakan Cina (Lim Tae Hoon), masakan Barat (Yoon Nam No), masakan Jepun (Kim Min Seong), dan pakar daging (David Lee). Rancangan ini bukan sahaja menunjukkan perjuangan peserta, ia juga memberi gambaran tentang seni kulinari dan pengurusan perniagaan.
The Genius Paik 1 & 2
The Genius Paik menjemput Chef Baek Jong Won, seorang selebriti cef dan usahawan untuk menguruskan restoran di luar negara dengan tujuan memperkenalkan makanan Korea di negara yang sukar untuk mencari makanan Korea.
Bukan keseorangan, Baek Jong Won juga ditemani oleh barisan selebriti terkenal yang mempunyai kebolehan memasak. Menerusi The Genius Paik penonton akan melihat bagaimana dia menjalankan peranannya sebagai pemilik restoran dan dibantu oleh selebriti popular termasuklah Kwon Yuri, John Park dan beberapa selebriti terkenal lain.
The Backpacker Chef 1 & 2
Selain The Genius Paik, Chef Baek Jong Won juga menerajui rancangan masakan bertajuk “The Backpacker Chef”. Dalam rancangan ini, Chef Baek Jong Won berkolaborasi dengan pelbagai artis terkenal dalam industri hiburan Korea Selatan, daripada pelakon hinggalah kepada idola seperti Ahn Bo Hyun dan DinDin.
“The Backpacker Chef” menggabungkan konsep memasak dan melancong di mana di setiap episod, mereka perlu membawa semua peralatan memasak dan bahan makanan di dalam beg galas besar sambil menyelesaikan misi yang telah diberikan.
Mereka bukan sahaja terpaksa memasak dalam masa yang terhad, malah mereka juga akan memasak di tempat asing dan untuk tetamu yang tidak dikenali. Sesi ini juga memerlukan chef backpacker untuk menambah baik makanan dan memperkenalkan konsep katering segera kepada tetamu mereka.
Fresh off the Sea
Fresh off the Sea, memaparkan pengembaraan barisan artis yang tinggal di perkampungan tepi laut selama tiga hari dua malam. Mereka juga perlu bekerja untuk mendapatkan wang dan menyediakan hidangan menggunakan bahan bermusim di kawasan itu.
Rancangan ini menampilkan pelakon Yum Jung Ah, Ahn Eun Jin, Park Joon Myun dan Dex dimana mereka menerokai kawasan pantai yang indah di Korea Selatan dalam pengembaraan 3 hari 2 malam.
Fresh off the Sea juga memaparkan kehidupan seharian nelayan, daripada gaya hidup nelayan sehinggalah cabaran yang dihadapi oleh nelayan. Bukan itu sahaja, penonton juga akan disajikan pemandangan, budaya dan makanan khas di beberapa tempat menarik sana.
Ramyun Brothers in Japan
Ramyun Brothers in Japan menceritakan tentang Kang Ho Dong, Lee Seung Gi, dan Bae In Hyuk berkumpul sebagai satu pasukan membuka restoran ramyeon di Jepun untuk mempromosikan ramyeon Korea.
Mereka mengkaji resipi terkenal dan memasak ramyeon dengan bahan-bahan segar dan bergaya. Setiap hari, mereka mesti menghasilkan resipi baru. Mereka menyediakan 21 resipi ramyeon yang boleh menunjukkan rasa Korea kepada orang ramai.
Sambil mereka menghidangkan pelbagai jenis ramyeon, matlamat mereka adalah untuk memikat orang Jepun dengan ramen dan mempromosikan ramyeon ala Korea kepada mereka.