Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Suka Miss Day and Night? Ini 7 Kdrama Bertukar Jasad Menarik Untuk...

Suka Miss Day and Night? Ini 7 Kdrama Bertukar Jasad Menarik Untuk Ditonton

0

Kdrama Miss Night and Day telah menayangkan episod terakhirnya pada 4 Ogos 2024. Misteri tentang Lee Mi Jin, yang ternyata menjadi seorang wanita berusia 50 tahun pada pagi hari, akhirnya sudah terjawab.

Bertukar tubuh memang menjadi salah satu tema yang menarik, jadi tidak menghairankan jika drama Korea popular Miss Night and Day mendapat rating cukup memuaskan.

Bagi peminat Kdrama yang suka tema dan jalan cerita hampir serupa, dibawah ini ada beberapa cadangan drama yang mungkin menarik minat anda! Mari kita lihat ya!

 

1. Secret Garden (2010)

IMG 7027

Secret Garden mengikuti kisah seorang CEO sombong bernama Kim Joo Wonyang bertukar tubuh dengan Gil Ra Im, seorang stuntwoman keras kepala. Serangkaian peristiwa ajaib itu membuat mereka belajar memahami dan menghargai kehidupan satu sama lain.

 

2. Mr. Queen (2020)

IMG 6994

Mr. Queen mengikuti kisah Jang Bong Hwan, seorang koki ternama di era moden yang tiba-tiba terbangun dalam tubuh ratu dari era Joseon, Kim So Yong usai temeninan sanaja. Dengan jiwa seorang lelaki moden, dia pun harus menyesuaikan diri dengan kehidupan di istana yang penuh drama dan politik.

Baca lagi: Jang Nara Sering Bawa Watak Isteri yang Dicurangi, Ini 8 Masalah Perkahwinan Jang Nara dalam Kdrama yang Paling Diingati

3. 18 Again (2020)

IMG 6989

Kdrama ini berkisah tentang Hong Dae Young yang tiba-tiba kembali menjadi versinya pada usia 18 tahun. Dengan tubuh muda dan tenaga remajanya, dia menggunakan kesempatan ini untuk memperbaiki kesalahan masa lalunya dan memperbaiki hubungannya dengan keluarganya.

 

4. Branding in Seongsu (2024)

IMG 6992

Kdrama ini mengikuti kisah seorang ketua pasukan pemasaran iklan bernama Kim Na Eon dengan orang bawahannya bernama So Eun Ho. Satu Insiden misteri berlaku menyebabkan mereka berdua bertukar jasad dan ini merumitkan keadaan mereka kerana sering berselisih faham di tempat kerja.

 

5. Spring Turns to Spring (2019)

IMG 6993

Spring Turns to Spring berkisah tentang Kim Bo Mi, seorang penyampai berita egois, dan Lee Bom yang merupakan seorang suri rumah tangga. Mereka mengalami pertukaran jasad pada waktu tertentu setelah meminum ramuan misteri.

Setiap kali mereka bertukar jasad, mereka belajar banyak tentang kehidupan satu sama lain dan menemukan makna kebahagiaan sejati. Kdrama ini penuh dengan humor dan mesej yang menghangatkan hati.

 

6. High School Return of a Gangster (2024)

IMG 6990

High School Return of a Gangster ditayangkan secara perdana pada 29 Mei 2024 di Viu. Kdrama ini menyoroti kisah misteri seorang samseng berusia 47 tahun yang rohnya secara tidak sengaja terperangkap dalam tubuh seorang pelajar berusia 19 tahun. Drama Korea ini diadaptasi dari webtoon I, a Gangster, Became a High School Student (2024)

7. The Light in Your Eyes (2019)

Kdrama

Kdrama ini mengisahkan seorang wanita bernama Kim Hye Ja yang tiba-tiba bertukar menjadi seorang wanita berusia 70 tahun (Kim Hye Ja). Setelah keliru, dia akhirnya mendapati bahawa dia boleh memanipulasi masa.

Mempunyai impian untuk menjadi juruhebah, Kim Hye Ja bertemu dengan seorang lelaki yang ingin menjadi wartawan bernama Lee Joon Ha (Nam Joo Hyuk). Mereka memahami antara satu sama lain apabila mereka terlibat dalam hubungan antara satu sama lain.

Nah, itulah beberapa cadangan Kdrama tentang pertukaran jasad yang serupa seperti Miss Night and Day. Tertarik menonton?

Baca lagi: Transformasi Dramatik Lee Kwang Soo dalam Dunia Gelap Pembunuhan Kontrak “No Way Out: The Roulette”
Baca juga: Sedang Mencari Bahagia? Tonton 7 Drama Korea Popular Ini, Pasti Hati Anda Berbunga