Drama Missing Crown Prince merupakan salah satu drama genre sageuk ongoing yang banyak dibincangkan oleh para peminat drama Korea. Missing Crown Prince menceritakan tentang Putera Mahkota Yi Gun (Suho EXO) yang diasingkan dan cuba dibunuh oleh pihak istana, dia juga dijodohkan dengan anak perempuan dari keluarga bangsawan bernama Choi Myeong Yoon (Hong Ye Ji).
Walau dimulakan dengan sangat janggal, hubungan mereka mula berkembang menjadi kisah cinta yang cukup rumit. Tambahan pula, pelbagai pihak hendak menyingkirkan putera mahkota Yu Gun dari takhtanya. Sementara itu, konflik perebutan takhta yang diwarnai kisah romantik keluarga diraja sudah menjadi premis cerita mainstream dalam Kdrama sageuk. Walau demikian, ini masih menjadi plot yang sangat digemari oleh para penonton.
Jika Missing Crown Prince merupakan jenis drama kegemaran anda, terdapat tujuh drama Korea lain yang hampir serupa dengan drama ini. Mari sama-sama kita lihat dibawah ya!
1. Dalam The King’s Affection (2021)
Putera Lee Hwi (Park Eun Bin) yang sebenarnya seorang puteri perlu melalui konflik pelik selepas jatuh hati dengan gurunya
2. River Where The Moon Rises (2021)
Mengisahkan tentang puteri dari Istana Goguryeo yang bercita-cita mahu menaiki tahkta, tetapi dia jatuh hati dengan seorang lelaki biasa
Baca juga: Permulaan Drama Missing Crown Prince Sangat Mengujakan, Pelbagai Konflik Muncul
3. The Red Sleeve (2021)
Seorang dayang bernama Sung Deok Im (Lee Se Young) terlibat hubungan romantik dengan putera mahkota hingga menimbulkan konflik
4. Our Blooming Youth (2023)
Putera Mahkota Lee Hwan (Park Hyung Sik) selalu kelihatan dingin dan kesepian, tetapi dia berubah selepas bertemu dengan Min Jae Yi (Jeon So Nee)
5. The Secret Romantic Guesthouse (2023)
Yoon Dan O (Shin Ye Eun) membantu putera mahkota yang diusir dari istana untuk merebut takhtanya kembali
6. Captivating The King (2024)
Menampilkan polemik seorang raja yang terlibat hubungan asmara dengan anak perempuan dari keluarga bangsawan
7. Love Song for Illusion (2024)
Yeon Wol (Hong Ye Ji) yang memihak kepada putera mahkota dengan melibatkan diri dalam pencapaian takhtanya
Walau tema dan jalan cerita yang diusung hampir serupa antara satu sama lain, terutama dengan Missing Crown Prince, ketujuh-tujuh drama Korea di atas tersebut memiliki pesona tersendiri. Jadi, jangan lupa untuk menonton ya!