Bekas kekasih atau bekas pasangan hanyalah kenangan masa lalu, tapi Choi Hong dan Jungo terus terbayang-bayang kenangan bersama. Anehnya, mereka bertemu lagi selepas 5 tahun tanpa sengaja.
Itulah jalan cerita Kdrama What Comes After Love yang dibintangi oleh Lee Se Young dan Kentaro Sakaguchi.
Gagal untuk melupakan cinta lama (move on) adalah kisah yang sering diangkat dalam drama Korea. Sering kali, drama Korea dengan cerita seperti itu meraih rating tinggi.
Baca juga: 6 Fakta Menarik “What Comes After Love”, Kisah Cinta Dua Negara Berbeza
Buat anda yang suka Kdrama seperti What Comes After Love, berikut ini cadangan Kdrama untuk anda.
1. Lovestruck in the City (2020)
Kdrama ini mengisahkan Park Jae Won dan Yoon Seon A. Mereka bertemu dan bercuti di pantai dalam waktu yang singkat. Namun, pertemuan itu sangat membekas hingga mereka berdua susah move on.
Selama bercuti bersama itu, mereka seperti pasangan muda yang baru berkahwin. Bahkan, mereka memiliki cincin perkahwinan.
Apabila mereka berdua berpisah, baik Jae Won ataupun Yoon Seon A tidak boleh melupakan antara satu sama lain. Menariknya, sosok Seon A adalah alter ego dari wanita yang bernama Lee Eun Oh.
2. Discovery of Love (2014)
Kang Tae Ha merupakan bekas kekasih Han Yeo Reum. Mereka pernah bercinta semasa masih muda. Oleh kerana salah faham, mereka putus.
Ketika sudah menginjak ke usia yang lebih dewasa, Han Yeo Reum menjalin hubungan serius dengan Nam Ha Jin. Walau Ha Jin adalah jenis lelaki materialistik, hati Yeo Reum mula goyah selepas bertemu lagi dengan Tae Ha.
Ternyata, mereka sama-sama masih mempunyai perasaan sayang. Hubungan Yeo Reum dan Ha Ji banyak kali putus dan berbaik semula.
Menariknya, hubungan Yeo Reum dan Tae di fasa yang sama. Yeo Rum berpisah dengan Ha Jin dan cuba nasib dengan Tae Ha lagi. Lalu, siapakah sebenarnya yang paling dicintai dan diinginkan oleh Yeo Reum?
3. Emergency Couple (2014)
Emergency Couple membawa genre romantik komedi dengan latar dunia perubatan. Kali ini, cerita gagal untuk move on bukan dengan bekas kekasih, tetapi kisah antara bekas suami isteri.
Oh Chang Min dan Oh Jin Hee berkahwin muda semasa mereka masih sangat naif. Mereka merasakan cinta sudah cukup untuk menjalin hubungan rumah tangga dan hidup bahagia. Akhirnya, perceraian menjadi jalan keluar. Selepas itu, mereka mengejar kerjaya masing-masing sebagai doktor.
Tanpa diduga, selepas bertahun-tahun, mereka kembali berjumpa di hospital yang sama. Dalam diam, rasa cinta masih tersimpan di hati mereka.
4. Our Beloved Summer (2021)
Kdrama romantik komedi popular ini tentang Choi Ung dan Yeon Soo yang pernah bercinta semasa di bangku sekolah. Pernah beberapa kali putus dan berbaik semula, mereka akhirnya benar-benar berpisah. Apabila mereka sudah bekerja, mereka tanpa sengaja bertemu lagi. Bahkan, bukan hanya sekali, mereka sering bertemu.
Kemuncaknya, mereka diminta untuk melakukan penggambaran dokumentari lagi. Projek kali ini merupakan sambungan dokumentari yang mereka bintangi semasa di bangku sekolah.
5. Yumi’s Cells 2 (2022)
Kdrama ini dihasilkan dengan konsep yang unik serta banyak pengajaran tentang cara menjalin hubungan yang sihat dalam jalan ceritanya. Yumi’s Cells 2 fokus menceritakan babak baru hidup Yumi bersama kekasih baru. Namun, di pertengahan cerita, bekas kekasih Yumi kembali muncul dalam hidupnya.
Yumi kelihatan tidak menyimpan perasaan lagi. Tetapi, hubungannya dengan kekasihnya sedang renggang hingga membuatkan penonton menyangka Yumi akan kembali dengan bekas kekasihnya.
Bekas kekasihnya memang masih menaruh harapan untuk bersama dengan Yumi lagi. Adakah Yumi masih mencintainya?
6. Our Blues (2022)
Our Blues merupakan Kdrama slice of life yang menampilkan ramai pelakon bintang. Banyak cerita dan watak dengan latar di pulau Jeju yang diangkat dalam drama ini. Salah sebuah kisah yang paling menarik adalah kisah Jung Eun Hee dan Choi Han Soo yang pernah menjalin hubungan istimewa semasa zaman sekolah.
Selepas dewasa, Han Soo berkahwin dan tinggal di bandar lain. Manakala Eun Hee tetap di Jeju sambil menjalankan perniagaannya. Ketika hampir muflis, Han Soo kembali ke Jeju dan dia bertemu kembali dengan Eun Hee.
7. Come and Hug Me (2018)
Takdir yang tragis menghubungkan hidup Do Jin dan Jae Yi. Mereka saling jatuh cinta semasa masih di bangku sekolah. Namun, mereka terpisah selepas kejadian buruk menimpa Jae Yi dan keluarganya.
Perkara yang paling menyedihkan adalah ayah Do Jin menjadi penyebab kehancuran keluarga Jae Yi. Apabila dewasa, Do Jin dan Jae Yi bertemu kembali. Sebenarnya, mereka masih saling sayang.
8. Was It Love (2020)
Was It Love ialah tentang ibu tunggal yang memiliki seorang anak. Identiti ayah anaknya dirahsiakan sendiri oleh Ae Jung.
Ketika Ae Jung merasa seperti tiada harapan lagi untuk menjalin cinta, datang empat orang lelaki dalam hidupnya. Di antara lelaki itu adalah Dae Oh yang merupakan bekas kekasih Ae Jung. Lalu, siapakah lelaki yang ada di hatinya?
9. When My Love Blooms (2020)
Rasa cinta antara satu sama lain tidak pernah hilang dari hati Ji Soo dan Jae Hyun. Mereka saling jatuh hati. Tetapi, mereka terpisah selama bertahun-tahun.
Ketika bertemu lagi, Ji Soo dan Jae Hyun masih memiliki rasa cinta yang sama. Mereka saling memikirkan keadaan masing-masing selama ini.
Itulah 9 Kdrama yang mempunyai vibe seperti What Comes After Love iaitu tentang gagal move on. Dari cadangan drama di atas, Kdrama yang manakah yang sudah anda tonton?