Home Kdrama/Kmovie 8 Drama Korea 2022-2023 Penuh Lawak Jenaka, Komedi yang Menghiburkan

8 Drama Korea 2022-2023 Penuh Lawak Jenaka, Komedi yang Menghiburkan

0

Drama Korea memang selalu tampil dalam berbagai-bagai genre dengan jalan cerita yang menarik dan sangat sukar untuk dijangka. Semakin menarik lagi jika dalam sesebuah drama tertentu, digandingkan sekali beberapa genre sekaligus.

Kisah yang ditampilkan akan semakin menarik kerana para penonton turut sama dapat merasakan suasana berbeza dalam sesebuah drama Korea. Salah satu genre yang sering digandingkan dengan genre lain adalah genre komedi.

Pasti ketawa, berikut dibawah ini adalah lapan buah drama Korea komedi yang ditayangkan pada tahun 2022 dan 2023. Mari sama-sama kita lihat di bawah ini!

 

Drama korea
1. Ditayangkan pada awal tahun 2022, drama Korea Dr. Park’s Clinic bakal membuatkan anda tidak kering gusi ketawa dari awal hingga akhir pada setiap episod. Sudah menonton?

 

 

 

266c027c 4128 450a 8883 0fed52c7275b
2. Bukan hanya kisah romantik yang akan membuatkan para penonton tersenyum sendirian, Business Proposal (2022) juga mampu membuatkan anda pecah perut ketawa kerana tingkah kelakar dari setiap watak!

 

 

82c6333d 89f8 4e91 b4c9 62ffff0c6475
3. Perangai pelik setiap watak memang tidak gagal membuatkan penonton ketawa, membuatkan kisah memburu pembunuh bersiri dalam drama siri Cafe Minamdang (2022) tidak begitu menegangkan

 

 

 

db7aeaef 85f1 4b3b b49f 85209532c6e3
4. Bukan hanya dengan gaya cool dan bersahaja, pendakwa raya Jin (Do Kyung So) dalam Bad Prosecutor (2022) juga bakal menjemput mood baik anda naik secara mendadak kerana adegan-adegan lucunya

 

 

 

fa9019b4 74a2 4861 9ff8 d942986c4191
5. Kisah persahabatan tiga orang wanita peminat setia minuman alkohol dalam Work Later Drink Now 2 (2022-2023) pasti boleh menghiburkan anda sekaligus memberi banyak pengajaran hidup buat kita semua

 

 

 

f9ff7fe1 8173 4523 9161 025aee3afc18
6. Sambil menonton drama, boleh juga menimba ilmu, drama Divorce Attorney Shin (2023) tidak akan bosan ditonton kerana jalan ceritanya diselang seli dengan babak-babak lucu yang mencuit hati

 

 

 

c7feb688 1eaa 44d0 bea8 3b2fd918dd50
7. Sebuah keluarga yang sangat kelakar, drama Family: Unbreakable Bond (2023) menampilkan jalan cerita dalam beberapa genre sekaligus iaitu thriller, kekeluargaan dan komedi

 

 

 

96f570dd e71f 4791 a799 aad27812025b
8. Drama paling popular untuk tahun lepas, Doctor Cha (2023) berjaya memukau para penonton dengan jalan cerita menarik yang sangat berhubung kait dengan kehidupan sebenar

Kolaborasi gaya cerita komedi dengan gaya cerita lain membuatkan drama-drama Korea di atas semakin menarik untuk ditonton. Drama Korea manakah yang paling anda sukai?

Baca lagi: Jang Nara Bawa Watak Peguam Veteran dalam Kdrama Baru Good Partner
Baca juga: Drama Cina The Double, Kisah Pembalasan Dendam Isteri Yang Dianiaya dan Dibunuh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here