Home Kdrama/Kmovie Sukakan Crash? 7 Kdrama Ini Bawa Genre Jenayah Komedi yang Hampir Sama

Sukakan Crash? 7 Kdrama Ini Bawa Genre Jenayah Komedi yang Hampir Sama

0

Crash (2024) merupakan Kdrama yang masih ongoing yang dibintangi oleh Lee Min Ki, Kwak Sun Young, dan juga Heo Sung Tae. Drama ini mengisahkan tentang sekumpulan detektif yang bertugas dalam TCI (Traffic Crime Investigation). Kes-kes jenayah trafik yang terjadi merupakan tanggungjawab mereka untuk disiasat.

Di samping itu, dinamika hubungan antara setiap anggota menjadi highlight tersendiri bagi drama tersebut. Warna-warni komedi dengan kes yang terus berganti-ganti juga pasti tidak akan membuatkan penonton merasa bosan.

Jika anda menyukai Kdrama seperti Crash, cadangan Kdrama dibawah ini boleh dimasukkan ke dalam senarai tontonan anda!

 

1. The Good Detective (2020)

Kdrama

Drama ini mengisahkan tentang para detektif di Balai Polis Incheon yang berusaha menangkap penjenayah. Kang Do Chang (Son Hyun Joo) merupakan detektif senior dengan pengalaman selama 18 tahun.

Watak Kang Do Chang sendiri cukup kontra dengan Oh Ji Hyuk (Jang Seung Jo), seorang detektif elit dengan 9 tahun pengalaman. Oh Ji Hyuk menderita trauma masa lalu yang disembunyikan.

Kisah mereka menjadi lebih menarik dengan kehadiran Jin Seo Kyung (Lee Elijah) yang merupakan seorang wartawan surat khabar. Dia dikenali sebagai veteran dengan pengalaman selama 5 tahun.

2. Team Bulldog: Off-duty Investigation (2020)

6297c56e 5ea3 4b1a a4fd ea8e7535c5f5

Jin Kang Ho (Cha Tae Hyun) merupakan seorang detektif yang sangat bersemangat. Dia nekad dalam menangkap para penjenayah. Sayangnya, Jin Kang Ho dikenali tidak pernah sebulu dengan rakan detektif lain.

Sementara itu, kemunculan Kang Moo Young (Lee Sun Bin) menambah keterujaan dalam jalan cerita. Dia merupakan seorang pengarah sebuah program penyiasatan di stesen televisyen. Program tersebut cuba menyiasat para penjenayah yang tidak mampu ditangkap oleh polis.

Walaupun sikapnya jujur, Kang Moo Young tidak terlalu mengambil risiko ketika mengungkap kejahatan yang berbahaya. Detektif dan pengarah tersebut bertemu untuk menyelesaikan kes-kes yang belum diselesaikan.

Baca lagi: Bukan Kisah Cinta Sejenis, 7 Kdrama Popular Ini Tampilkan Kisah Bromance yang Buatkan Penonton Bahagia Sama

3. Bad and Crazy (2021)

aa2f7962 bdf1 418a b0fe 94da41898b7b

Soo Yeol (Lee Dong Wook) merupakan pegawai polis di Balai Polis Mooui. Dia sangat komited dalam pekerjaannya, namun dia sanggup melakukan apa-apa sahaja demi mencapai kejayaan. Oleh sebab sikapnya, Soo Yeol telah mendapat kenaikan pangkat dalam waktu yang sangat singkat.

Kehidupan Soo Yeol yang berjalan lancar berubah sejak kemunculan K (Wi Ha Joon). Dia merupakan seorang lelaki misteri yang akan bertindak jika melihat ketidakadilan. K memiliki impian untuk menjadi seorang hero.

4. Taxi Driver (2021-2023)

a70aa141 f324 42e1 9f40 8f48206d1849

Kim Do Ki (Lee Je Hoon) merupakan seorang marin yang dicalonkan sebagai anggota UDT, sebuah pasukan elit tentera. Sayangnya, kejadian menyakitkan telah mengubah hidupnya 180 darjah. Ibunya dibunuh dengan kejam dan tidak mendapat keadilan. Situasi ini yang menjadi penyebab atas keputusan Kim Do Ki untuk mengundurkan diri dari kerjayanya.

Seterusnya, dia menyertai Teksi Pelangi yang menyediakan perkhidmatan balas dendam. Para mangsa atau keluarga mangsa yang ingin mencari keadilan meminta bantuan daripada pasukan Teksi Pelangi. Kim Do Ki bersama keempat-empat anggota yang lain membalas dendam untuk para pelanggan dengan cara mengungkap kejahatan para penjenayah.

5. Brain Works (2023)

0a1ad124 73f4 4a91 9cfa f0c806ad4e40

Brain Works berkisar tentang kisah dua orang lelaki iaitu Shin Ha-ru (Jung Yong-hwa) yang merupakan seorang pakar neurologi bijak dan terkenal serta seorang detektif polis bernama Geum Myung-se (Cha Tae-hyun) yang bertugas di bawah jabatan siasatan jenayah neurosains.

Pada mulanya kedua lelaki ini bertelingkah seperti anjing dan kucing. Kedua-duanya merupakan musuh ketat akibat insiden-insiden buruk yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun, takdir menemukan mereka berdua sebagai ahli dalam sekumpulan apabila Shin Ha-ru dilantik sebagai penasihat di jabatan jenayah tempat Geum Myung-se bertugas.

Mereka yang sememangnya tidak sebulu ini terpaksa bekerjasama untuk menyiasat dan membanteras kes jenayah dan kes-kes terpencil yang melibatkan neurosains dan sains saraf lain. Bagaimana agaknya dua orang musuh saling membantu? Pastinya penuh dengan babak-babak lucu yang bakal mencuit hati para penonton.

6. Flex x Cop (2024)

ebe45aba db76 4016 af58 c42776981ecf

Flex x Cop menceritakan tentang kisah Jin Yi Soo, seorang chaebol, anak orang kaya generasi ketiga yang merupakan detektif dan kerap menyelesaikan masalah dengan pengaruh besar keluarganya. Lee Kang Hyun yang merupakan seorang detektif perlu bekerja sama dengan Yi Soo. Walau dipenuhi babak aksi, drama ini juga turut membawa kisah percintaan mereka.

7. Chief Detective 1958 (2024)

7ee473c3 4216 405d 9b9b cbd78cb23d8b 1

Park Yeong Han (Lee Je Hoon) merupakan detektif muda yang berasal dari kota kecil bernama Hwangcheon. Dia dikenali sangat hebat dan bijak dalam menyelesaikan kes-kes dalam daerahnya. Kebolehannya itu sampai ke telinga para pegawai tinggi di Balai Polis Jongnam. Park Yeong Han mendapat surat arahan untuk berpindah ke sana.

Mengejutkan apabila dia melihat banyak kejadian rasuah yang dilakukan oleh anggota polis di sana. Dia nekad mahu membanteras perkara tersebut bersama rakan satu pasukannya. Imej polis yang buruk mula berubah perlahan-lahan. Masyarakat merasa selamat kerana samseng-samseng berjaya dikawal oleh Park Young Han.

Kdrama di atas ini semua menampilkan banyak kes ringan dengan bumbu-bumbu komedi yang pasti membuatkan para penonton tidak bosan. Jadi, jangan lupa untuk tambahkan ke dalam watching list anda ya!

Baca lagi: 8 Drama Korea 2022-2023 Penuh Lawak Jenaka, Komedi yang Menghiburkan
Baca juga: Jang Nara Bawa Watak Peguam Veteran dalam Kdrama Baru Good Partner

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here