Home Anime Sukar Dilupakan, 6 Kuasa Luar Biasa Muzan Kibutsuji dalam Anime Demon Slayer:...

Sukar Dilupakan, 6 Kuasa Luar Biasa Muzan Kibutsuji dalam Anime Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba

0

Muzan Kibutsuji merupakan antagonis utama dalam siri anime Demon Slayer atau Kimetsu no Yaiba.

Sebagai iblis yang paling kuat, Muzan Kibutsuji memiliki kuasa yang luar biasa hingga membuatkan para pemburu iblis hingga ke saat ini belum mampu untuk membunuhnya.

Dalam anime Demon Slayer, kekuatan iblis diperolehi dari jangka masa hidup mereka dan jumlah manusia yang telah mereka makan. Sebagai iblis yang hidup selama ribuan tahun, Muzan bukan hanya telah memakan ramai manusia, tapi juga mengubah manusia menjadi iblis.

Tidak hairanlah Muzan Kibutsuji mendapat gelaran Raja Iblis dalam anime ini. Dalam episod terakhir Demon Slayer, semua penonton setia melihat betapa sukarnya untuk membunuh dan menghapuskan Muzan. Walau kepalanya telah dipenggal, dia masih tetap boleh melakukan regenerasi (pulih semula) dengan sempurna.

Bukan hanya memiliki kemampuan untuk bertahan hidup yang luar biasa, Muzan juga memiliki teknik bertarung yang boleh membawa maut. Berikut dibawah ini adalah beberapa jenis kuasa luar biasa yang dimiliki oleh Muzan Kibutsuji.

 

1. Regenerasi Pantas

Muzan KibutsujiKemampuan regenerasi (pulih semula) sebenarnya dimiliki oleh hampir semua iblis. Namun kemampuan regenerasi yang dimiliki Muzan sangat istimewa kerana jika kepalanya terpenggal oleh pedang nichirin sekalipun, kepalanya masih boleh tumbuh semula.

Kemampuan regenerasi kepala inilah yang tidak dimiliki oleh iblis bulan atas sekalipun. Oleh sebab kemampuan ini jugalah yang membuatkan Muzan hanya boleh mati oleh sengatan sinar matahari secara langsung.

 

2. Keupayaan Ekstra sensori

Demon slayer

Kuasa lain yang dimiliki oleh Muzan Kibutsuji adalah ekstra sensori. Ini bermaksud dia dapat mengesan kewujudan makhluk hidup lain yang berada di sekitarnya. Kemampuannya ini sering digunakan Muzan untuk mengesan manusia atau pemburu iblis lain yang berada di sekitarnya. Perkara ini jugalah yang membuatnya dapat menjangka gerakan setiap manusia.

 

3. Telepati

IMG 1759

Kuasa ini hanya dapat digunakan Muzan untuk berkomunikasi dengan para iblis buatannya. Dengan kemampuan ini, semua iblis boleh mendengar apa yang dikatakan oleh Muzan walau berada dalam jarak yang sangat jauh. Bukan hanya itu, Muzan juga dapat mengetahui perkara-perkara yang sedang dilalui oleh para iblis bawahannya. Contohnya, Muzan mengetahui Akaza baru sahaja membunuh seorang hasira dalam arc Mugen Train.

 

4. Biokinesis (kuasa mengubah DNA)

IMG 1781

Muzan sering kali dilihat berganti-ganti penampilan. Beberapa penampilan berbeza yang pernah dilakukannya adalah berpenampilan menyerupai wanita dan kanak-kanak untuk boleh hidup di sekeliling manusia tanpa dikesan. Kemampuan berubah penampilan inilah yang dinamakan biokinesis iaitu satu kebolehan untuk mengubah komposisi tubuhnya sendiri. Dia juga menggunakan kuasa ini sebagai mekanisme perlindungan dalam banyak cara yang menarik, seperti memiliki banyak jantung dan otak dalam tubuhnya.

 

5. Mencipta Iblis

IMG 1769

Hanya iblis kelas atasan yang boleh mengubah manusia menjadi iblis. Dengan memberikan darah yang dimilikinya, Muzan mampu mengubah seseorang menjadi iblis berkebolehan istimewa. Semakin banyak darah Muzan yang diterima, maka akan semakin kuat iblis yang diciptakannya tersebut. Dari sini jugalah raja iblis itu mendapat kuasa untuk menundukkan iblis yang diciptakannya.

 

6. Kuasa Darah Iblis

IMG 1765

Muzan memiliki kuasa darah iblis yang luar biasa iaitu mencipta tali sebat darah yang sangat banyak. Jika seseorang terkena libasan tali sebat ini, maka tubuhnya dengan mudah akan terbelah dan tersiat. Dengan kekuatan dan kuasa ini, Muzan boleh bertarung sambil menjaga jarak dengan musuhnya. Sehingga tubuh utamanya sangat sukar untuk dijangkau. Tali sebat ini boleh dikeluarkan dari bahagian tubuh milik Muzan, bermula dari lengan, punggung, hingga paha.

Demikianlah beberapa kuasa luar biasa yang dimiliki Muzan Kibutsuji dalam anime Demon Slayer. Oleh sebab kekuatannya inilah Muzan sangat sukar untuk dikalahkan oleh para pemburu iblis sehingga dapat bertahan hidup hingga ribuan tahun.

Baca lagi: Trilogi Filem Demon Slayer Infinity Castle Bakal Tayang Di Pawagam, Pertempuran Terakhir?
Baca juga: Suicide Squad Isekai Versi Anime Hadir dengan 13 Episod

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here