Pada 22 Februari KST, BTOB Sungjae, Minhyuk, dan Hyunsik telah muncul sebagai tetamu di sebuah program radio, KBS Cool FM ‘Jung Eunji’s Gayo Plaza’.
Di sini, Sungjae mendedahkan kisah yang memalukan yang pernah dialaminya. Semasa permainan kuiz, gesaan adalah untuk mendedahkan ‘saat yang paling memalukan anda’.
Sungjae kemudian memberi petunjuk dengan berkata, “Ia berlaku di dalam sebuah kedai serbaneka”.
Sungjae telah memberitahu pekerja kedai itu yang dia akan pergi dengan memakai aksesori leher yang baru dibeli, tetapi secara tidak sengaja dia pergi tanpa membayar.
Sungjae menyatakan, “Aksesori leher itu sangat cantik. Jadi saya memberitahu mereka saya akan meninggalkan [kedai] dengan memakainya.
Kemudian, saya berjalan sejauh 30 meter sebelum seorang pekerja datang kepada saya dan berkata ‘Awak pergi tanpa membayar’. Saya berasa sangat malu.”
Dia menyambung, “Pekerja itu juga memberitahu saya ‘Saya hanya mahu membiarkan awak pergi kerana saya peminat awak, tetapi saya hanyalah seorang pekerja [saya tidak boleh]’.
Selepas kejadian itu, saya sudah tidak pergi ke kedai serbaneka lagi. Bagaimanapun, peminat tersebut bersikap sangat baik kepada saya.”
Sementara itu, BTOB baru-baru ini mengeluarkan album penuh mereka yang ke-3 bertajuk ‘Be Together’.
Sumber: allkpop