Pada 23 September yang lalu, episod ketiga program tvN Look, My Shoulder’s Dislocated telah disiarkan di saluran Youtube Channel Fullmoon. Rancangan ini dihoskan oleh Super Junior Kyuhyun, WINNER Song Mino dan SECHSKIES Eun Ji Won.
Dalam episod ketiga rancangan itu, ahli ITZY Yeji dan Lia membuat penampilan sebagai tetamu jemputan, di mana mereka bercakap tentang pelbagai perkara termasuk mendedahkan bahawa Song Mino dan Yeji sudah mengenali antara satu sama lain, sejak sebelum ITZY debut (2019) lagi.
Mereka juga bercakap tentang pengalaman mereka sebagai idola dengan generasi yang berbeza dan di bawah syarikat yang berbeza. Khususnya, Kyuhyun berkongsi satu fakta menarik tentang penglibatannya dalam tiga syarikat utama SM Entertainment, YG Entertainment, dan JYP Entertainment.
Dalam episod itu, Kyuhyun mendedahkan bahawa dia telah mula melabur dan membeli saham daripada ketiga-tiga syarikat itu, walaupun dua syarikat itu merupakan saingan SM Entertainment, sejak 2018!
Walaupun dia masih setia bersama SM Entertainment, dia sentiasa berharap agar YG Entertainment dan JYP Entertainment berjaya agar pelaburannya dalam kedua-dua syarikat itu juga turut meningkat.
Dia juga mendoakan kejayaan kumpulan lain dalam syarikat itu, kerana mereka mempunyai peranan yang besar dalam membuat syarikat mendapat keuntungan, dan dengan itu meningkatkan nilai saham yang dibelinya.
Apabila idola itu menyebut bahawa ITZY dan BLACKPINK sedang membuat kemunculan semula, Kyuhyun secara berseloroh melihat telefonnya untuk memeriksa sama ada harga sahamnya meningkat.
Baca lagi: ITZY Lia Buat Pembedahan Plastik Baru-baru Ini? Inilah Sebabnya
Baca lagi: Peminat Bimbang Tentang Penurunan Berat Badan IVE Jang Wonyoung Baru-Baru Ini
Dengan reputasinya dan pengalaman yang hampir dua dekad sebagai idola, nampaknya Kyuhyun adalah antara segelintir idola yang tidak takut untuk menyokong saingan secara terbuka!