Kyuhyun Super Junior tercedera sewaktu dia sedang berusaha untuk menghentikan seorang wanita yang tiba-tiba datang menyerang seorang pelakon muzikal. Bintang idola Kpop tersebut mengalami luka dan kecederaan ringan akibat kejadian tersebut.
Pada 20 November, TV Chosun melaporkan bahawa Kyuhyun Super Junior telah cedera pada hari sebelumnya oleh senjata yang digunakan oleh seorang wanita berusia 30-an.
Berikut adalah kronologi kejadian yang dialami oleh Kyuhyun Super Junior tersebut.
1. Seorang wanita masuk ke dalam ruangan persalinan acara muzikal
Dipetik dari laman Koreaboo pada Isnin, 20 November 2023, insiden mengejutkan tersebut bermula ketika seorang wanita yang dalam lingkungan usia 30 tahun secara tiba-tiba masuk dan menyerang pelakon muzikal dalam ruangan persalinan mereka.
Pihak polis menyebut bahawa wanita tersebut tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pelakon muzikal yang telah diserang olehnya. Wanita tersebut disyaki menyelinap senyap-senyap ke ruangan persalinan tersebut selepas selesai pertunjukan.
2. Kyuhyun Super Junior tercedera sewaktu cuba menghentikan aksi serangan tersebut
Chosun Ilbo melaporkan bahawa Kyuhyun Super Junior berusaha menghentikan aksi serangan oleh wanita tersebut dan menolong rakan artisnya itu. Dalam proses bintang idol Kpop itu membantu dan menghentikan serangan, dia telah tercedera disebabkan oleh senjata tajam yang digunakan oleh wanita terbabit.
3. Keadaan terkini Kyuhyun Super Junior
Akibat perbuatan jenayah dan serangan tersebut, pada waktu ini penyerang terbabit sudah ditangkap oleh pihak polis dan dia sedang disiasat serta diminta untuk memberi keterangan. Pihak polis belum lagi mendedahkan motif utama wanita yang melakukan serangan tersebut. Sementara itu, dipetik dari laman Soompi, kecederaan dan luka yang dialami oleh Kyuhyun Super Junior tidak parah dan tidak membahayakan nyawa.
“Kyuhyun mengalami luka dan cedera ringan di jarinya dan dia terus dirawat di lokasi kejadian,” ujar agensi kepada penyanyi tersebut iaitu Antenna.
Para peminat yang mengetahui tentang berita ini menyampaikan rasa bimbang tentang keadaan maknae Super Junior tersebut. Aksi berani Kyuhyun untuk membantu dan menyelamatkan rakan artisnya patut dipuji. Nasib baik bintang idola kesayangan ramai ini hanya mengalami kecederaan kecil sahaja. Semoga lekas sembuh diucapkan kepada Kyuhyun ya!