Kumpulan SuperM nampaknya semakin rancak melebarkan sayap di luar Korea Selatan dan kini sedang giat untuk menakluk Amerika Syarikat (AS).
Terbaru, mereka disahkan bakal membuat kemunculan dalam program bual bicara popular Jimmy Kimmel live.
Pengumuman itu akhirnya diumumkan kumpulan berkenaan di mana mereka menjadi tetamu program itu bulan depan.
Kumpulan ini dianggotai oleh Taemin SHINee, Kai dan Baekhyun (EXO) serta Taeyong, Mark, Ten, dan Lucas (NCT) itu bakal menjayakan siri jelajah sekitar Amerika Utara bermula hari ini sehingga 6 Februari depan.
Taeyong dan Mark sebelum ini pernah berpeluang untuk membuat persembahan dalam program itu dua tahun lalu ketika NCT melakukan kemunculan sulung di AS.
Terdahulu, SuperM dijemput membuat persembahan di Capitol Records pada 5 Oktober tahun lalu. Persembahan itu dilakukan sehari selepas mereka diperkenalkan dan melancarkan album mini sulung.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri kumpulan terbabit di SuperM menerusi Twitter dan rata-rata peminat sangat teruja.
Semua penyanyi dalam SuperM sudah pun melakar nama baik sebagai berkumpulan mahupun solo. Disebabkan itu, mereka mudah diterima dengan luar biasa oleh peminat.
Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen yang baik-baik ye. Terima Kasih.
Sumber: MyMetro