Pelakon Bollywood, Hrithik Roshan memuat naik post di laman Instagram pada hari Khamis semalam bagi memberi kata-kata semangat kepada anak lelaki Shah Rukh Khan, Aryan Khan.
Anak Shah Rukh Khan ditahan dalam serbuan dadah oleh Biro Kawalan Narkotik (NCB) di atas kapal persiaran.
Hrithik menulis pesanan yang menyentuh hati bagi mendukung semangat Aryan pada masa-masa sukar ini.
Catatannya berbunyi, “Sayangku Aryan, hidup ini adalah perjalanan yang aneh. Ia hebat kerana tidak pasti. Ini bagus kerana walaupun ia melempar bola melengkung kepada anda, tapi Tuhan Maha Baik. Dia hanya memberikan orang yang kental bola-bola terberat untuk dimainkan.”
Bintang Bollywood yang pernah muda itu turut menitipkan nasihat tentang pembangunan diri.
“Kamu terpilih untuk merasai tekanan ini supaya dapat menahan diri mu sendiri. Kemarahan, kebingungan, rasa tak berdaya. Ah, bahan-bahan ini sangat diperlukan untuk membakar kepahlawanan dalam diri mu. Namun hati-hati, bahan-bahan yang sama juga boleh membakar hal-hal baik… kebaikan, kasih sayang dan cinta.”
Bintang Bollywood itu turut menambah, “Benarkan diri mu marak terbakar, tetapi cukuplah. Kesalahan, kegagalan, kemenangan, kejayaan. Semuanya sama jika kamu tahu bahagian mana yang harus disimpan serta mana yang harus dibuang daripada pengalaman.
Tetapi ketahuilah, bahawa kamu boleh tumbuh lebih baik bersama mereka. Saya mengenal anda sebagai seorang anak dan sebagai seorang pemuda. Tanggunglah. Tanggung semua perkara yang kamu alami. Ia sebenarnya adalah hadiah. Percayalah.”
Sumber: [1]