Suri hati mendiang Lee Sun Kyun iaitu Jeon Hye Jin, pasti tidak asing lagi buat para peminat drama dan filem Korea Selatan.
Pelakon wanita berbakat besar Jeon Hye Jin dikenali kerana persembahan lakonannya yang memukau dan selalu berjaya menghidupkan watak hidup dengan berkesan.
Jeon Hye Jin juga merupakan isteri kepada mendiang Lee Sun Kyun, pelakon terkenal Korea yang menggemparkan dunia dengan kematiannya yang tragis. Mereka telah bersama selama tujuh tahun sebelum mendirikan rumah tangga pada 23 Mei 2009 di Seoul.
Baca juga: Pelakon Lee Sun Kyun ditemui mati kerana membunuh diri
Jeon Hye Jin merupakan ibu kepada dua orang anak. Walaupun sibuk dengan anak-anak, mendiang Lee Sun Kyun tetap menyokong kerjaya isterinya. Walaupun menghadapi banyak cabaran dalam membesarkan anak-anak, pasangan ini merasakan hubungan mereka semakin kuat, terutamanya selepas 14 tahun mendirikan rumah tangga. Jeon Hye Jin bukan hanya berbakat sebagai pelakon, tetapi juga berjaya menjalankan tugasnya sebagai isteri dan ibu yang baik.
Jeon Hye Jin, lahir pada tahun 1976, memulakan pendidikannya dalam jurusan perfileman. Kehidupan Hye Jin berubah ketika dia secara tidak sengaja bertemu dengan Yeo Kyun Dong di sebuah kafe. Kyun Dong membawanya untuk mengikuti uji bakat, dan akhirnya dia terpilih untuk membintangi filem komedi Film Making pada tahun 1997.
Pada tahun yang sama, Hye Jin juga meraih gelaran sebagai Miss Korea untuk wilayah Gyeongsang Selatan. Penulis skrip Film Making juga menyuruhnya untuk terjun ke dunia teater dengan menyertai Trans-Dimensional Stageship. Kemudian pada tahun 1999, Jeon Hye Jin dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Baru Terbaik oleh National Theatre Association of Korea, hasil lakonannya dalam drama Unification Express.
Perjalanan kerjaya Hye Jin dalam dunia lakonan semakin meningkat. Pada tahun 2002, pelakon ini semakin serius mengejar impian di layar perak dan berlakon dalam filem komedi popular Jungle Juice. Kemudian, pada tahun 2004, dia berjaya menarik perhatian ramai peminat dengan membawa watak sebagai saudara kembar pelakon utama lelaki dalam siri TV I’m Sorry, I Love You. Setahun kemudian, dia muncul dalam komedi romantik All For Love (2005). Hye Jin semakin dikenali secara meluas selepas membintangi filem thriller aksi The Terror, LIVE (2013) dan membawa watak permaisuri Raja dalam drama sageuk The Throne (2014) karya Lee Joon Ik.
Baca juga: Kenali Mendiang Lee Sun Kyun, Pelakon Bersuara “Husky”, Yang Membunuh Diri Pada 27 Disember 2023
Hasil kerja kerasnya selama ini, dia menerima anugerah dari Blue Dragon Awards dan Persatuan Produser filem Korea. Pada tahun 2017, Jeon Hye Jin meraih gelaran Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dari Persatuan Pengkritik Filem Korea melalui lakonannya dalam The Merciless (2016) dan The Poet and The Boy.
Biodata Jeon Hye Jin
● Nama: Jeon Hye Jin
● Hangul: 전혜진
● Tarikh Lahir: 1 Januari 1976
● Tempat Lahir: Korea Selatan
● Tinggi: 171 cm
● Keluarga: Mendiang Lee Sun Kyun (suami)
Filem Jeon Hye Jin
● Mission: Cross | Cross (2024) – Hee-Joo
● Hunt (2022) – Bang Ju-Kyung
● Ashfall | Baekdusan (2019) – Jeon Yoo-Kyung
● The Beast (2019) – Choon-Bae
● Hit-and-Run Squad | Bbaengban (2019) – Woo Sun-Young
● RV: Resurrected Victims | Heesaengboohwalja (2017) – Lee Soo-Hyun
● The Poet and The Boy | Shiinui Sarang (2017) – Taek-Ki’s wife
● A Taxi Driver | Taeksi Woonjunsa (2017) – Kang Sang-Goo’s mother (cameo)
● The Merciless | Boolhandang: Nabbeun Nomdeului Sesang (2017) – Chun
In-Sook
● Sori: Voice From The Heart | Robot, Sori (2016) – Hyun-Sook
● The Throne | Sado (2015) – Youngbin Lee
● Chronicle of a Blood Merchant | Heosamgwan (2015) – Song
● Obsessed | Inganjoongdok (2014) – Lieutenant Colonel Choi’s wife
● The Terror Live (2013) – Park Jung-Min
● A Little Pond | Jageun Yeonmot (2009)
● The Naked Kitchen | Kichin (2009) – Kim Seon-Woo
● Antique | Sayangkoldong Yangkwajajeom Aentikeu (2008) – boxer’s girlfriend
● Voice of a Murderer | Geu Nom Moksori (2007) – Lee Ae-Sook
● If You Were Me 3 (2007)
● A Cruel Attendance | Janhokhan Chulgeun (2006) – Dong-Hee
● All For Love | Nae Saengae Kajang Areumdawun Iljuil (2005) – Writer Lee
● Hello Brother (2005)
● If You Were Me 3 | Sebeonjjae Sinseon (2003)
● Jungle Juice (2002) – Meg
● Happy Funeral Director (2000)
● Lies (2000)
● Film-making (1997)
Drama Jeon Hye Jin
● Not Others | Namnam (ENA-Genie TV / 2023) – Kim Eun-Mi
● Uncle (TV Chosun / 2021) – Wang Joon-Hee
● Stranger 2 | Bimilui Soop 2 (tvN / 2020) – Choi Bit
● Search: WWW | Geomsaekeoreul Ibryeokhaseyo: WWW (tvN / 2019) – Song
Ka-Kyung
● Misty (JTBC / 2018) – Seo Eun-Joo
● Romance Hunter (tvN / 2007)
● Sorry, I Love You | Mianhada, Saranghanda (KBS2 / 2004) – Yoon Seo-Kyung.