Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Sweet Home Akhirnya Tamat, Sebab Utama Tiada Lagi Musim ke 4

Sweet Home Akhirnya Tamat, Sebab Utama Tiada Lagi Musim ke 4

0

Sweet Home 3 mengakhiri kisah para penghuni apartment Green Home untuk bertahan hidup di tengah-tengah fenomena serangan raksasa yang menggerunkan.

Musim baru Sweet Home yang ditayangkan pada 19 Julai 2024 itu memiliki 8 episod yang boleh ditonton sekaligus di Netflix.

Adakah musim 3 benar-benar akan menjadi yang terakhir buat siri ini? Mengapa tidak ada Sweet Home musim 4? Lihat ulasan ringkas dibawah ini.

 

1. Siri ini tamat dengan tayangan musim ke 3

f5996bf6 e248 44cd 975c 0726512fd451
Sejak poster musim 3 dilepaskan, Netflix sudah mengumumkan bahawa ini akan menjadi musim finale atau musim terakhir. Jadi, sudah dipastikan tidak akan ada musim 4 di masa depan. Memerlukan waktu yang lama untuk Sweet Home melanjutkan musim baru. Musim pertama ditayangkan pada tahun 2020 dan menjadi siri Korea pertama yang masuk top 10 Netflix global. Selepas itu, Sweet Home baru menayangkan musim 2 pada tahun 2023 dan musim 3 pada tahun 2024 ini.

 

2. Pengarah sudah mengesahkan tidak akan ada musim 4

46b3c7f0 6ebc 43ff ab78 f3c8139c3b24
Proses penggambaran musim 2 dan 3 sudah dilakukan sebelum Lee Do Hyun yang membawa watak Lee Eun Hyuk menyertai latihan ketenteraan wajib iaitu pada tahun 2022-2023. Pengarah Lee Eung Bok juga sudah mengatakan bahawa musim 3 ini merupakan grand final yang akan menampilkan setiap watak kembali ke rumah mereka.

“Musim ketiga ini ialah definisi pulang ke rumah. Rasanya seperti kembali ke rumah. Ini kisah tentang teman, rakan, dan karakter yang saling bertemu satu sama lain lagi,” katanya dalam sidang media di Seoul pada 12 Julai 2024.

 

3. Tidak ada plot Sweet Home 2 dan 3 dalam webtoon

Sweet home
Siri ini diangkat dari webtoon dengan judul yang sama. Webtoon Sweet Home berakhir dengan Hyun Su yang berubah menjadi raksasa dan mengorbankan diri untuk menghentikan Joong Seop yang menghancurkan apartment Green Home. Oleh sebab tidak ada cerita lain selepas itu, musim 2 dan musim 3 bukan berasal dari webtoon. Semua watak baru diperkenalkan untuk membawa cerita pada masa selepas kejadian akhir dalam webtoon.

Dengan pengakhiran musim 3 dimana setiap watak utama sudah memiliki pengakhiran cerita masing-masing, Sweet Home 3 rasmi menutup tirai untuk perjalanan selama 5 tahun ini.

Bagaimana dengan anda yang sudah tonton? Puas hati dengan ending?

Baca lagi: Sweet Home 3 Berakhirnya Kisah Manusia Melawan Raksasa
Baca juga: tvN mengumumkan 7 Kdrama Mereka untuk separuh kedua Tahun 2024