Home Kdrama/Kmovie Syarikat Perabot Kesal Menaja Drama ‘Snowdrop’, Penaja Lain Turut Tarik Diri

Syarikat Perabot Kesal Menaja Drama ‘Snowdrop’, Penaja Lain Turut Tarik Diri

0

Memandangkan drama ‘Snowdrop’ kini dipalit kontroversi kerana dikatakan menyentuh sejarah dan isu sensitif bagi orang Korea, satu per satu syarikat penaja mula mahu menarik diri dan memutuskan hubungan dengan pihak drama tersebut.

Tidak hanya reputasi negatif, keadaan menjadi lebih keruh apabila drama berkenaan didakwa memulangkan barangan tajaan yang rosak.

Pihak syarikat perabot berjenama Milliens berkata, “Semasa syarikat produksi minta tajaan, kami tak pernah dimaklumkan terlebih dahulu mengenai skrip dan jalan cerita drama itu. Mereka hanya mempromosikan pelakon dan jamin ia akan jadi drama popular.”

Menurut portal AllKpop, mereka turut menghubungi pihak produksi untuk tahu jalan ceritanya namun tiada respons.

Apabila syarikat tersebut menyatakan kebimbangan mereka apabila belum pun drama itu disiarkan tetapi sudah dilanda kontroversi, pihak drama itu terus memberi jaminan tiada bahagian dalam drama itu yang menjadi isu.

“Kami mempercayai kenyataan rasmi drama itu dan terpaksa menunggu.” kata pihak syarikat perabot itu.

Pihak Milliens itu juga mendakwa perabot tajaan mereka dikembalikan dalam keadaan rosak dan meminta maaf kepada para pelanggan mereka.

“Kami terima semula barang tajaan kami selepas beberapa bulan tetapi sudah rosak teruk. Pihak kami juga tak dapat sebarang pampasan dan tidak terima sebarang data tentang pengiklanan produk kami.”

“Kami memohon maaf sekali lagi kerana setuju menaja drama ini tanpa selidik dulu.”

Rancak campaign 1640x614 1 8

Beberapa syarikat lain, termasuk syarikat makanan Ssarijai, Heungil Furniture dan banyak lagi telah menarik diri atau sekurang-kurangnya meminumkan pendedahan produk mereka dalam drama bersiri itu, lapor Korea Herald.

Manakala penaja utama drama, P&J Group turut dilaporkan melepaskan drama tersebut.

“Kami menaja projek ini tanpa sedar tentang kandungannya kerana kami hanya diberitahu ia bagus untuk meraih publisiti. Selepas terbit, kami minta batalkan penajaan kamu dan mereka sudah confirm untuk keluarkan jenama kami dari episod ketiga.” kata wakil syarikat tersebut.

Drama ‘Snowdrop’ memaparkan kisah cinta antara seorang perisik Korea Utara dengan seorang pelajar kolej wanita berlatarkan peristiwa gerakan demokrasi pada tahun 1987.

Siri yang diterajui Jisoo BLACKPINK dan Jung Hae In ini dikritik kerana dakwaan memutarbelitkan sejarah, kaitkan dengan pengintip Korea Utara dan menghina gerakan pro-demokrasi Korea Selatan. Kontroversi ini terjadi sebelum drama ‘Snowdrop’ disiarkan lagi.

Namun konflik semakin memuncak selepas drama ini ditayangkan, lebih 200,000 orang menandatangani petisyen awam di Blue House bagi menggesa penyiaran drama itu dihentikan.

Rakyat Korea Masih Bantah Drama ‘Snowdrop’ Diteruskan

Sumber: Allkpop, Allkpop, Korea Times, Korea Herald, NME