25 Julai yang lalu, tayangan filem VIP ‘Emergency Declaration’ telah diadakan di Seoul.
Pelakon utama filem itu, Song Kang-ho, Lee Byung-hun, Jeon Do-yeon, Kim Nam-gil dan Im Si-wan menghadiri sesi tayangan filem itu, dan terdapat juga bintang hebat lain yang tampil memberi sokongan ke atas filem itu.
Penampilan T.O.P Bigbang telah menjadi perhatian, kerana ini adalah acara rasmi pertama yang dihadiri oleh beliau setelah sekian lama.
T.O.P dilihat mengenakan cermin mata hitam dan sut separuh kasual. Beliau juga tampil dengan gaya rambut terbaharu yang telah dilunturkan dan menjadi bualan netizen.
Betul ke tu TOP?!! OMG makin hensem
TOP oppa!!! akhirnya dia comeback
TOP nampak makin fresh, makin bergaya hehehee suka saya 🙂
‘Emergency Declaration’ menceritakan tentang pesawat yang terpaksa isytihar kecemasan setelah berlaku keganasan yang tidak pernah terjadi sebelum ini. Filem ini akan ditayangkan pada 3 Ogos nanti.
Sumber: KimchiDaily
Baca artikel terdahulu: Mesej terbaharu dari T.O.P Bigbang buat ramai gusar!