Anjing merupakan salah satu haiwan yang dikatakan sangat setia dan taat pada tuannya. Banyak kisah yang pastinya kita pernah dengar tentang ketaatan anjing pada tuannya.
Baru saja tular sebuah video di tiktok @eyenurnewacc di mana difahamkan pemilik video menyedari terdapat seekor anjing di sebuah rumah terbiar yang kelihatan sangat usang. Apa yang menyedihkan adalah apabila melihat fizikal anjing tersebut yang hanya tinggal tulang sahaja dan mereka berkesempatan memberikan anjing tersebut sedikit makanan.
“Taatnya anjing ni.. dia tak keluar2 dari kawasan rumah ni walaupun takda makanan langsung sampai kurus kering walhal dia boleh je jumpa jalan keluar.. mungkin dah diarahkan untuk jaga rumah usang ni.. byk kali dah nampak tapi kali ni cuba dekat sebab dengar bunyi sayu sangat…”
Rata-rata netizen turut berasa simpati melihat keadaan anjing tersebut dan memuji ketaatan anjing tersebut yang tidak berganjak dari rumah usang tersebut walaupun tiada siapa yang mendiami rumah tersebut.
“Allah kesian nyer,moga dimurahkan rezeki yg membantu..aminn..”
“kesiannya.. mungkin dia takut utk keluar dari situ.. terima kasih tlg bg dia makan”
“siannya sampai nampak tulang dahh”
Baca juga : Motosikal Hampir Dirembat, Salakan Anjing Selamatkan Motosikal Daripada Dibawa Lari
Baca juga : “Pehh Siap Ada Slide”-Bagi Makan Anjing, Netizen Tertarik Dgn ‘Slide’ Makanan
Lihat klip video di instagram :
https://www.instagram.com/reel/CuLr_9etdbI/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==
Lihat juga komen netizen :
@mioww : tolong la dia ..dia takut org sampai kurus mcm.tu..tolong hantar ke shelter
@Mybabybear : Subhanallah tlg larrr sape2 selamatkan anjing ni utk rawatan
@jbguy69 : terima kasih bang.. semoga dimurahkan rezeki selalu. Aamiin
@Hairi2800 : kena usyar kt dlm umah tu jgak mana tahu mgkin tuan dia dh meninggal kt dlm umah tu…
@Hantu Kucing : Allahu kesiannya dia..kurus sgt.. tentunya seksa dia d ctu menunggu mknan..t.kasih kerana bantu dia,smoga dmurahkn rezeki selalu…
@Ansz81 : ya Allah kesiannya..tggl tulang!!! tolong la bagi dia makan setiap hari..sehari sekali pun xpe la…kesian…smga Allah murahkn rezeki awak..
@limsab : ya allah kenapa manusia yg membelanya kejam sngt terima kasih orang yg baik bagi makan
@dayah : boleh bg dia minum air n ayam goreng
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram