Home Entertainment Taecyeon 2PM Terpalit Skandal Seks di Kelab Malam

Taecyeon 2PM Terpalit Skandal Seks di Kelab Malam

0
Pada awal tahun 2023 dunia digemparkan dengan tuduhan liar terhadap Taecyeon 2PM yang merupakan artis kesayangan ramai. Sebuah siri mukbang terkenal di Korea Selatan menyiarkan pengakuan skandal seks seorang peminat yang tidak dikenali yang telah mendakwa Taecyeon melakukan perkara tidak senonoh dengannya dalam sebuah tandas kelab malam. Tuduhan liar yang dianggap tidak berasas dan tidak bertanggungjawab ini hampir memusnahkan reputasi Taecyeon.

1785E9F2 CC36 427F BADC 2FB9CEF976C2Jom kita soroti kronologi kisah pengakuan yang telah dibuat dalam siri mukbang Something-Something ini. Adakah ini sebuah pengakuan yang sebenar atau sekadar mengambil kesempatan sewaktu terdesak?

Taecyeon 2PM mendadak mendapat perhatian setelah sebuah pengakuan yang menyatakan dia mengadakan hubungan seks bebas dengan seorang wanita yang tidak dikenali dalam sebuah tandas di kelab malam. Isu ini bermula dari sebuah video yang dikongsikan oleh seorang YouTuber terkenal iaitu Stephanie Soo di saluran miliknya pada 3 Februari 2023.
Dalam siri mukbang Something-Something miliknya tersebut, Stephanie Soo membacakan pengakuan mengejutkan yang dikirimkan oleh salah seorang subscriber. Stephanie Soo cuba mensensakikan setiap isu, dia juga pernah membuat kecoh dengan menyeret nama beberapa idol JYP sebagai tertuduh yang berkemungkinan bersalah.
Pada waktu itu, seorang penonton membuat pengakuan dan menulis cerita tentang pertemuannya dengan lelaki asing yang tampan di sebuah kelab malam pada tahun 2019. Setelah menari bersama-sama dan meluangkan masa sebentar, pengirim yang melakukan pengakuan itu mendedahkan bahawa dia dan jejaka kacak itu pergi ke tandas kelab malam tersebut dan melakukan hubungan seks.
Sayangnya, wanita tersebut tidak mengenali siapakah jejaka tersebut kerana dia sedang dalam keadaan mabuk.
Saya tidak mengingati apa yang terjadi pada malam itu, tetapi yang saya tahu ada seorang lelaki bersama saya, memegang pinggang saya dan mengatakan kepada saya bahawa saya kelihatan eksotik,” kata Stephanie Soo membacakan pengakuan netizen tersebut.
Keesokan paginya, wanita itu mendakwa dia mendapat pesanan SMS berisi NDA (surat perjanjian untuk menyimpan rahsia) dalam bentuk format PDF. Dia menyangka pesanan itu adalah berkaitan videonya yang sedang mabuk di kelab malam dan menyangka dia akan dipecat dari pekerjaan. Wanita misteri itu turut menerangkan, dalam surat tersebut terdapat logo agensi besar yang terdiri dari 3 huruf.
Dia menunjukkan logo di sudut PDF dan ada tiga huruf. Pada titik ini, dia menunjuk ke arah sana dan saya rasa lebih bingung,” sambung Stephanie Soo yang kemudian meneka jika logo itu dari JYP Entertainment. Pada saat itulah, wanita tersebut baru sadar bahawa dia telah berhubungan dengan salah seorang idol dari JYP.
Dokumen itu sendiri berisi perjanjian agar dirinya tutup mulut dan tidak menceritakan pengalaman tersebut kepada umum. Peminat Stephanie Soo yang membuat pengakuan ini memang tidak ada menyebut nama siapa-siapa atau memetik mana-mana bintang idol yang disyaki terlibat. Namun perkara ini tidak menghentikan netizen dari mencari sendiri dan mencipta teori tentang siapakah bintang idol JYP yang terlibat.
Pastinya itu adalah idol JYP dari kumpulan yang sudah ternama dan lama, kumpulannya masih terkenal hingga ke hari ini,” tulis peminat tersebut. Netizen yang tidak keruan terus mensasarkan idol JYP Entertainment. Dua kumpulan yang paling banyak diteka adalah GOT7 dan 2PM.
497EB6DD 5351 42FD 8459 36E7F06F4DE7 10E4A233 1D57 4D14 95C8 74761D23ACE1Walau bagaimanapun Taecyeon tidak melatah, bintang ternama itu dengan tenang menyangkal setiap dakwaan dan menganggap pengakuan itu adalah sesuatu yang melucukan. Taecyeon juga menyatakan bahawa perkara tersebut (jika benar-benar terjadi) berlaku sebelum dia bernaung di bawah JYP Entertainment.
Pada malam berkenaan Taecyeon mendakwa dia menghadiri latihan tarian dan bukannya berpeleseran di kelab malam seperti yang didakwa.
Selepas 3 hari gosip liar ini menjadi viral, Taecyeon mengambil langkah berani dengan membuat video siaran langsung di laman instagram miliknya untuk berbual-bual dengan para peminat sambil melakukan senaman.

655A6A96 4EA5 4077 8E4F 1DFD8C376C03Sewaktu siaran langsung tersebut, Taecyeon mendedahkan bahawa dia sedang melayari internet dan terbaca gosip liar tersebut serta amat terkejut kerana namanya juga dipetik sebagai tertuduh.

Saya sedang melayari internet, tiba-tiba terbaca banayak perkara mengarut, hahaha” kata Taecyeon.
Taecyeon melalui laman rasmi Twitter miliknya turut memuat naik klip video yang menunjukkan dia sedang menghadiri latihan tarian dan bukannya pergi ke kelab malam.

Macam-macam dugaan yang perlu ditempuhi oleh selebriti Korea Selatan dah seluruh dunia. Jika salah percaturan, segala usaha dan kerja keras selama ini akan hancur lebur menjadi debu.
Baca Juga: Taecyeon Bernaung di bawah Agensi Sama Dengan Tom Holland
Baca Lagi: Reply 1988 Salah Satu Kdrama Terbaik Sepanjang Zaman