Home K - Pop Layanan Baik Taeyon Dan Super Junior Kepada Ha Sung Woon Membuatkan Peminat...

Layanan Baik Taeyon Dan Super Junior Kepada Ha Sung Woon Membuatkan Peminat Tersentuh Dengan Tindakan Tersebut.

0

Semasa ‘High1 Seoul Music Awards’ pada 30 Januari, peminat melihat Ha Sung Woon duduk sendirian selepas rakan-rakannya yang meninggalkan tempat duduk mereka bagi menyiapkan diri mereka sebelum persembahan di belakang pentas. Seorang peminat juga memutuskan untuk menarik beberapa kawan untuk menemani Ha Sung Woon.

Seorang lagi artis yang sedar Ha Sung Woon keseorangan di mejanya ialah penyanyi dari Girls ‘Generation, Taeyon. Pada ketika itu dia sedang duduk bersama Super Junior dan matanya terus melirik ke meja Ha Sung Woon dengan bimbang. Dia kemudian meminta Eunhyuk jika mereka boleh menjemput Ha Sung Woon ke meja mereka sekali.

23

Sejurus itu, kedua-dua orang itu kemudian memanggilnya segera. Setibanya di meja Super Junior + Taeyeon, Ha Sung Woon disambut mesra oleh semua orang dan mengambil tempat duduk di sebelah Siwon.

Peminat Ha Sung Woon sangat gembira melihat reaksi besar Super Junior ketika Ha Sung Woon memenangi “Anugerah Persembahan Tarian”. Anda boleh melihat perkara yang lucu berlaku di bawah (pada minit ke 2).

 

Dah tengok? Tolong like, share dan komen yang baik-baik ye. Terima Kasih.

Sumber: Allkpop