Home Entertainment “Tahulah Yujin Dengan Wonyoung Terkenal, Tetapi Perlu Ke Ahli Yang Lain Diperlakukan...

“Tahulah Yujin Dengan Wonyoung Terkenal, Tetapi Perlu Ke Ahli Yang Lain Diperlakukan Sebegitu?”

0

Netizen membangkitkan kerisauan mereka mengenai sikap pilih kasih terhadap ahli IVE selepas siaran terbaru ‘Where Is My Home?’

Pada 7 September, seorang netizen mencipta catatan di forum komuniti dalam talian bertajuk, “Sikap pilih kasih di kalangan ahli IVE cukup teruk”. Di sini, netizen menyertakan tangkapan skrin kemunculan IVE baru-baru ini dalam program MBC ‘Where Is My Home?’

Dalam siaran itu, ahli IVE Yujin dan Gaeul membuat penampilan sebagai tetamu undangan, dan mereka perlu membantu pelanggan mereka mencari rumah yang terbaik.

1662532488 3425346757

Di sini, ahli IVE mendedahkan cara mereka membahagikan ruang di asrama mereka dan telah mendedahkan bahawa Yujin, Wonyoung, dan Liz mempunyai bilik mereka sendiri, manakala ahli IVE yang lain Gaeul, Rei, dan Leeseo hanya menggunakan pembahagi untuk memisahkan ruang individu mereka dalam satu bilik besar.

Khususnya, Yujin didedahkan memiliki katil mekanik dan meja belajarnya sendiri, manakala tiga ahli yang berkongsi satu bilik tidak mempunyai banyak ruang untuk memiliki perabot tambahan atau barangan peribadi.

IVEに世界が大注目♡超美形K-POPガールズグループがViVi初登場! | ViVi

Selepas siaran itu, beberapa netizen memberi komen:

“Kalau saya, saya akan benci kehidupan asrama saya.”

“Walaupun sesetengah ahli memperoleh lebih banyak wang, tak boleh ke mereka bahagi satu bilik untuk dua orang ahli? Ini tidak kelihatan bagus.”

“Memang masuk akal kalau Wonyoung dan Yujin guna bilik mereka sendiri, tapi peliknya Liz pun ada bilik sendiri loll…bilik yang satu lagi patut diberikan kepada Gaeul (kerana lebih tua).”

“Kenapa Liz dapat bilik sendiri?”

“Ahli IVE mungkin telah berbincang dan membuat keputusan ini”

“Ia agak tidak dapat dielakkan. Yujin dan Wonyoung adalah yang paling popular.”

Baca lagi: Peminat IVE Mengecam Starship Selepas Memperlakukan Liz IVE Sebegini

Sumber: [1]