Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok bm_syg_orked, dan telah ditular baru-baru ini.
Dalam video klip ini menunjukkan seorang lelaki berkongsi reaksi anaknya kibar jalur gemilang ketika melihat siaran langsung Sambutan Hari Merdeka Ke-66 di televisyen. Lelaki ini juga berkongsi cerita bahawa beliau sedang menjaga ayahnya yang sedang sakit, dan tidak dapat membawa anak perempuannya berjalan-jalan ketika Hari Kemerdekaan. Beliau turut memetik beberapa pihak yang tidak menjalani tanggungjawab dan tidak menziarahinya sejak beliau menjaga orang tuanya.
Netizen turut memeberi komen mengenai video klip ini, mengatakan tindakan lelaki ini sememangnya bagus dan dipuji kerana tidak semua orang yang bergelar sebagai anak mampu menjalankan tanggungjawabnya. Ada juga yang berkongsi cerita, di mana mereka juga pernah mengalami perkara yang sama seperti beliau. Netizen juga memberi kata-kata semangat kepada mereka sekeluarga, serta mendoakan semoga mereka sabar dengan tindakan manusia yang sebegitu dan dipermudahkan segala urusan.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 470.2K penonton, 32.1K sukaan dan 601 komen.
Baca lagi: Raptai Hari Kemerdekaan, Reaksi Salah Seorang Penari Pula Tarik Perhatian Ramai
Baca lagi: Akibat Menyelit Tak Kena Tempat, Rakaman Penunggang Motosikal Terjatuh Raih Perhatian
Lihat klip durasi pendek reaksi anak beliau:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Sahidan_ibrahim715: Sedih do bang tpi abg abg bagus la jage ayah abg selagi dia ade abg jage la ayah abg elok ii mne tahu satu hri nanti ank abg akn jage mcm mne abg jage
@muhammadfirdaus2098: biasa bang.. nak tengok muka memasing bila nak urus faraid esok2
@ajimawesome9: Ustaz wadi ada cakap . Abang telah memilih akhirat dari dunia . Semoga kita semua jumpa di syurga . Aminnn
@Megat: Besar pahala kau bang, sanggup bagi izin isteri untuk jaga bapak dia. Semoga dipermudahkan segala urusan ya
@No.j: sabar ya. anak lihat awak sudi jaga ayahnya. die juga nanti belajar dari perbuatan yg die juga akan jaga ayahnya.
@Wahazinger: Sye pernah dalam situasi bro, 6 tahun jaga nenek lumpuh satu badan, alhamdulillah skang senang, family lain pulak jeles mne dtg rezeki
@Healme_: sabar dik. dulu saya pun duk tengok ja dr rumah org duk buat perarakan. alhamdulillah rezeki x salah alamat skrg saya sendiri yg ikut perbarisan tu
@nanie: saya pernah duduk kat situasi ni.jaga arwah mil.suami kata biarlah dorang buat kita.padahal dia paling banyak terasa ati ngan adik beradik dia
@imaanmedeena: bnda paling sedih dlm hidup seorg ayah bila permintaan anak istri dia x dpat dtunai kan. dngar simple tp dlm hati tuhan yg tahu mcm mna rasanya.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram