Home Video Tak Dibenarkan Bercinta Pada Zaman Sekolah, Selepas 50 Tahun Mereka Dijodohkan Semula...

Tak Dibenarkan Bercinta Pada Zaman Sekolah, Selepas 50 Tahun Mereka Dijodohkan Semula Buat Ramai Terharu

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok eqeen_87, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang wanita menyiarkan satu klip durasi pendek mengenai ibunya yang sudah menikah lagi dengan seorang lelaki yang beliau kenali pada zaman sekolah dahulu. Dikatakan mereka terpisah kerana neneknya ingin beliau belajar dahulu dan tidak dibenarkan bercinta. Namun siapa sangka setelah 50 tahun terpisah mereka kembali berjumpa dan dijodohkan kembali di dalam usia senja.

Oleh itu, video klip ini juga telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Screenshot 2023 10 31 101551
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan ini adalah cinta pertamanya dan ianya tidak akan hilang namun tetap tersimpan di dalam hati jika terpisah kerana takdir serta bukanlah kerana gaduh ataupun curang. Ada juga yang berkongsi cerita di mana ibu bapanya juga pernah mengalami pengalaman ini, bahawa mereka bercinta pada zaman sekolah dan kembali bertemu selepas ibu kandungnya meninggal dunia serta mendoakan semoga mereka berkekalan hingga ke jannah.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 464.6K penonton, 11.8K sukaan dan 1172 komen.

Baca lagi: Pakcik Grab Cari Jodoh Untuk Anak, Beri Respon Kepada ‘Bakal’ Menantu Tarik Perhatian Ramai

Baca lagi: Kena ‘Block’ Selepas Tanya Mengenai Sirim, Lihat Apa Tindakan Wanita Ini

Lihat klip durasi pendek reaksi mereka ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Salina: sebenarnya cinta pertama tidak akan hilang , tetap tersimpan dihati jika terpisah krn takdir bukan krn gaduh or curang .

@Mas: wahhh..sayang bebeno nmapaknya..swmoga bahagia ke jannah

@eyda asmida: Pengapit pengantin tu mak sy….. Hadirrr…Sweet pengantin nye..

@simbakomot: ni cinta lama berputik kembali ke..nmpk cam kedua mempelai sgt2 bahagia

@Tokma: memang jodoh , dah hujung usia pun dapat bersatu.

@azlynda: wahh…congrts. ok sy yakin jodoh sy tibe bile sy dh jd warga emas. tibehhh

@hantukaklimah: mcm abah ngan umi sy skg,dlu2 time skolah bcinta tp x bjodoh,lepas arwah mama sy xdak,umi kawen ngan abah,smoga abah ngan umi bahagia hingga ke jannah

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram