Home New Post Tak Mampu Bayar Sewa Rumah, 5 Beranak Dihimpit Kesusahan Apabila Terpaksa Tinggal...

Tak Mampu Bayar Sewa Rumah, 5 Beranak Dihimpit Kesusahan Apabila Terpaksa Tinggal Di Dalam Kereta

0

Semalam kecoh dengan cerita di mana seorang bapa bersama isteri dan anaknya yang terpaksa tinggal di dalam kereta berbulan-bulan lamanya sekitar Lebuhraya Karak kerana tidak mampu untuk membayar sewa rumah. Berdasarkan berita sahih, mereka dikatakan sudah tinggal di dalam kereta selama hampir 10 bulan lamanya.

“Mana ada bapa sanggup tengok anak tidur dalam kereta, tapi apakan daya, saya terpaksa,” luah bapa tiga anak dikenali Razak yang sudah hampir 10 bulan tinggal di dalam kereta Proton Wira miliknya kerana tiada tempat tinggal.

Situasi tersebut telah diceritakan oleh seorang pengguna media sosial Facebook yang dikenali sebagai Edi Arjuna. Susulan itu, cerita tersebut telah menarik perhatian netizen kerana tidak dapat dibayangkan terdapat keluarga yang boleh hidup dengan menjadikan kereta sebagai tempat perlindungan.

Susulan daripada perkongsian tersebut, terdapat beberapa orang yang mahu memberikan rumah sewa untuk mereka sekeluarga berteduh memandangkan kasihan melihatkan anak-anak kecil yang terpaksa hidup susah sebegitu.

“boleh cari kan abang nie tak…saya nak bagi rumah sewa…duduk sahaja percuma…jgn risau keje sy cari kan…”

“ak ada rumah kosong aku sewa dekat gerik tapi kalau betul memerlukan boleh la duduk sementara waktu . maaf boleh bantu sikit ja . selagi saya mampu”

“carikn rumah sewa..saya tlg bayarkan”

Lihat klip berdurasi pendek di instagram :

https://www.instagram.com/reel/Ctxmr5GP9TK/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==

Lihat juga komen netizen :

@suhanasofiaa : Amanah kami dah baya zakat minta tolong la bantu pakcik ni

@schaAD : Hm panas… Nyamuk… Hujan… Nak luruskan badan x lepas. Sakit weh badan gitu

@Bos Gaurus : tu sebab kita kena bersyukur dgn ape yg kita ada .ada lg org susah daripada kita..

@ukhtys : saya cadangkan Baek memohon btuan MAWIP smg dpmdhkn sgle urusan anda

@NENETTH ELIZABETH : adeh , cuaca skrg bgni pnas. x terbayang diorg dduk dlm krta pnas²… macam kna masak woh

@m0kmung itam : kesian anak2..semoge Allah berikan rezeki yg mngalir utk kluarge ni.. amin..alhamdulillah dengan rezeki yg Allah bagi..

@chombi : Allahu Akhbar..takde ke rumah PPRT yg sewakan kat warga2 asing tu.tarik balik..ini keluarga kita..doa2 ada yg bantu..

Demi kelangsungan hidup, Razak kini mengambil upah sebagai mekanik jalanan tanpa meninggalkan anak dan isterinya, namun upah diterima tidak seberapa menyebabkan sukar untuknya menyewa rumah.

“Saya memang nak sewa rumah cuma apabila dapat duit, kena dahulukan beli makanan dan keperluan anak, termasuk susu dan lampin pakai buang.

“Sebelum ini, ada juga simpan duit tetapi kereta rosak hingga saya terduduk… terpaksa keluarkan duit bagi membaiki kereta.

“Pernah juga berniaga jual air tin tetapi modal tak cukup dan kemudian ambil upah bantu mereka yang perlukan pertolongan akibat kereta rosak di tengah jalan,” katanya.

Razak berkata, dia sedih apabila dimasukkan ke wad (hari ini) pada hari ulang tahun keempat anak keduanya dan tidak dapat meraikan bersamanya.

Menurutnya, doktor memaklumkan dia perlu dibedah bagi membuang ketumbuhan pada leher, berkemungkinan pada Jumaat.

“Saya harap pembedahan berjalan lancar kerana nak keluar bekerja dan cari duit untuk keluarga,” katanya yang memberitahu sudah dihubungi wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas kisahnya tular.

Sumber : Metro

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram