Idola K-Pop, IU sentiasa mendapat perhatian kerana visualnya yang mempesonakan dan keupayaannya untuk menjadikan semua yang dipakainya kelihatan sangat menakjubkan, sama ada ia adalah pakaian berjenama atau pakaian mampu milik.
Seperti yang dijangka, IU kelihatan sangat cantik ketika dia melangkah ke red carpet di Festival Filem Cannes 2022 dan telah mendapat pujian orang ramai.
Idola itu telah memilih untuk memakai Gaun Koleksi ‘Provocation of New Colors’ berwarna kelabu-hijau oleh pereka Korea iaitu Choi Jae Hoon.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian peminat ialah barang kemas yang dipakai oleh IU. IU memilih untuk kekal sofistikated dan minimalis dengan perhiasannya, dia memakai rantai dan anting-anting berlian yang ringkas.
Walaupun ia kelihatan simple, peminat sangat terkejut dengan harga kedua-dua barang kemas tersebut. Menurut media, ia the direka oleh sebuah jenama barang kemas Perancis, Joséphine Aigrette.
Harga rantai itu dijual pada $88,862.00 USD (RM388,415.80). Ia diperbuat daripada emas putih 18K dan mempunyai kira-kira 180 berlian tertanam di dalamnya, dan batu berlian di tengah dikatakan 1.50 hingga 1.70 karat.
Baca lagi: CL Tanggung Malu Kerana Melakukan Perkara Ini Kepada Pelawak Jo Se Ho Ketika Sedang Mabuk
Tidak cukup dengan itu, anting-anting (CHAUMET Joséphine Duo Éternel) IU itu pula dijual pada harga $23,000 USD (RM 100, 533.00).
Apabila harga barang kemas itu didedahkan, netizen tidak percaya betapa mahalnya ia. Walaupun besar kemungkinan barang kemas itu hanya disewa semata-mata untuk acara itu, tetapi ia menunjukkan nilai IU.
Barang kemas itu sangat mahal, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa visual IU yang melengkapkan penampilan kerana keanggunan dan gayanya.
Sumber: [1]