Kalau ditinjau dapur mak-mak, memang penuh dengan alat perkakasan dapur. Macam-macam corak, bentuk dan jenis, ini belum lagi aneka kuali, periuk dan sebagainya. Sudip kayu, rasanya mesti setiap dapur mak-mak ada dengan alat ini.
Bukan setakat sudip kayu, ada juga mak-mak suka gunakan jenis besi, silikon dan warna yang pelabagai dan tentunya mak-mak gunakan mengikut kesesuaian dengan periuk memasak.
Malah, tak hairanlah ada mak-mak yang suka guna sudip satu jenis sahaja, baik memasak atau menggoreng sampaikan ada yang dah tak nampak ‘rupa’. Sebab sayang dan ‘sedap’ apabila guna sudip ini.
Tak kisahlah apa bentuk jenis, corak atau warn senduk atau sudip pun. Tapi yang ingin ditekankan di sini adalah tentang sudip kayu yang biasa mak-mak gunakan. Hati-hati tiap kali mak gunakan. Boleh bahaya kan diri, malah bimbang kita sahaja turut terkesan kalau terjadi pada ahli keluarga kita.
Perkongsian daripada Nur Iffahain ini boleh dijadikan panduan buat mak-mak terutamanya yang suka menggunakan sudip kayu. Inilah yang dialami sendiri oleh dirinya. Malah, dia bersyukur kerana tidak berlaku pada anak-anaknya.
Baca lagi: Gordon Ramsay ‘Review’ Cara Khairul Aming Memasak, Sekali Ini Reaksi Nya
Baca lagi: Comel, Sedap Dan Halal. Rupanya Penguin Halal Dimakan Oleh Umat Islam
Lihat juga video dibawah:
Bahaya Sudip Kayu
Selumbar dari sudip kayu, sangat-sangat bahaya. Bagaimana rasa sakitnya berdenyut-denyut.
Kejadian yang berlaku pada waktu petang. Ketika itu, dia tidak perasan selumbar yang sudah pecah dan terkeluar dan masuk ke dalam sambal yang dimasaknya.
Apabila makan hidangan tersebut, dia mula terasa sakit sebab selumbar telah tersangkut dalam tekak.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Selayang